Nvidia RTX 3070 Dan RTX 3080 Diperkenalkan - Lebih Berkuasa Dari RTX 2080 Ti Namun Harga Jualan Lebih Murah

Hari ini adalah hari raya buat peminat kad grafik PC. Ini adalah kerana Nvidia telah mengumumkan kad grafik terbaharu mereka iaitu siri RTX 3000 yang dikuasakan oleh senibina AmpereĀ menggantikan senibina Turing pada tahun lepas.

Dalam siri RTX 3000 terbaharu ini, Nvidia menyertakan rekaan sistem penyejukan terbaharu. Rekaan kipas dan aliran udara sebegini membolehkan pengaliran udara meningkat sehingga 55% menjadikan kerangka PC lebih sejuk di dalamnya.

Nvidia announces new RTX 3090, 3080, and 3070 graphics cards

RTX 3000 juga menggunakan jenis penyambung 12-pin yang baharu. Ia adalah lebih kecil berbanding 8-pin tradisional. Nvidia menggunakan 12-pin baharu ini adalah kerana mahu melebihkan ruang untuk komponen lain dan juga penyejukan.

Kad grafik paling mampu milik yang diumumkan oleh Nvidia adalah RTX 3070. Secara keseluruhan, Nvidia mendakwa ia lebih berkuasa dari RTX 2080 Ti, iaitu kad grafik paling mahal untuk siri Turing tahun lepas.

Image

RTX 3070 ini juga secara purata adalah 60% lebih pantas berbanding RTX 2070. Ia hadir dengan memori 8GB GDDR6. Menurut Nvidia, kad grafik ini sesuai dimainkan untuk permainan grafik pada resolusi 4K dan juga 1440p.

RTX 3080 pula merupakan varian lebih berkuasa berbanding RTX 3070. Ia dua kali ganda lebih berkuasa dari RTX 2080 Ti dan hadir dengan memori 10GB GX6.



Untuk harga jualan, Nvidia memasarkan RTX 3070 bermula 499 USD, manakala RTX 3080 pada 699 USD. Ini adalah mengejutkan memandangkan harga RTX 2080 Ti yang lebih perlahan adalah jauh berganda lebih mahal iaitu sekitar 1000 USD.

Disebabkan itu, mungkin kita akan melihat harga jualan RTX 2080 Ti dan kad grafik seangkatan akan merudum dan menjunam untuk memberikan laluan kepada RTX 3070 dan RTX 3080 ini.

Kad grafik Nvidia RTX 3080 akan dijual mulai pertengahan September manakala RTX 3070 pula pada bulan Oktober pula.

Sumber: Nvidia