Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lepak Bersama Komuniti Google Pixel Malaysia – Peluang Berjumpa Dengan Xavier Naxa

Lepak Bersama Komuniti Google Pixel Malaysia – Peluang Berjumpa Dengan Xavier Naxa

Diterbitkan November 14, 2019 oleh Meor Hasyim

Anda pengguna Google Pixel? Secara automatik anda dijemput hadir ke perjumpaan besar-besaran komuniti Google Pixel di Malaysia. Perjumpaan tersebut merupakan satu idea perkumpulan oleh satu Facebook Group yang dimuatnaik melalui pengguna Azrain Alaman.

Tarikh yang ditentukan perjumpaan adalah pada 8 Disember 2019 (Ahad) pada waktu 3 – 6 petang di KLCC Park.

Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan sesama pengguna Pixel bertukar-tukar pandangan, idea, pendapat, dan ilmu serta kemahiran fotografi telefon antara satu sama lain.

Image may contain: skyscraper, sky, outdoor and text

Jika anda seorang pakar membaiki telefon terutamanya Pixel, ataupun usahawan yang berniaga aksesori Pixel, anda adalah sangat digalakkan untuk datang mungkin ada ahli pengguna lain yang memerlukan khidmat baiki ataupun membeli aksesori Pixel anda.

Mengikut pengirim, tiada bayaran yang dikenakan kerana tujuan utama adalah mahu berjumpa dan bersuai kenal sesama pengguna Pixel di Malaysia.

Pengirim juga turut meminta sebarang idea atau cadangan, malah pertanyaan diajukan kepadanya dalam bentuk komen. Terlebih dahulu, anda perlu meminta masuk ke dalam Group kerana ia bukan Group terbuka kepada semua orang ramai.

Turut kelihatan pada bahagian komen adalah saudara Xavier Naxa, seorang penggiat aktif berkongsikan maklumat teknologi di media sosial terutamanya Twitter dan Facebook. Nak jumpa Xavier Naxa? Ini mungkin peluang terbaik anda.

Screenshot 2019-11-14 at 15.26.59

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY