Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel feature drop

Peranti Pixel Lama Akan Dapat Fungsi Menarik Setiap Bulan Menerusi Kemaskini ‘Feature Drop’

Diterbitkan Disember 10, 2019 oleh Meor Hasyim

Berita baik untuk pengguna Pixel 2, Pixel 3, dan Pixel 3a. Google telah umumkan pembawaan fungsi menarik kepada peranti Pixel lama menerusi kemaskini ‘feature drop‘.

Seperti diketahui umum, peranti Pixel berbeza dengan uniknya berbanding peranti pesaing disebabkan kemaskini perisian dan juga fungsi Android terbaharu terus dari Google. Selain itu juga, Pixel sentiasa menerima kemaskini sekuriti, peningkatan prestasi, dan penyingkiran pepijat setiap bulan.

Jadi, untuk setiap kemaskini bulanan ini, Google kini menyertakan fungsi-fungsi baharu untuk peranti Pixel lama (Maaf pengguna Pixel 2016, anda tidak tersenarai). Fungsi-fungsi ini akan ditambah setiap bulan. Untuk kemaskini feature drop yang pertama, ini adalah fungsi yang bakal ditambah.

Kesan bokeh dalam Google Photos

Dengan fungsi ini, anda boleh menambah kesan kabur (bokeh) pada gambar yang ditangkap meskipun gambar tersebut telah diambil bertahun lalu. Fungsi ini terdapat dalam Google Photos. Walaupun anda tidak menggunakan mod potret ketika menggunakan kamera, anda masih boleh menambah kesan bokeh dalam aplikasi Google Photos untuk gambar tersebut.Peranti Pixel Lama Akan Dapat Fungsi Menarik Setiap Bulan Menerusi Kemaskini ‘Feature Drop’

Penambahbaikan panggilan video dalam Google Duo

Untuk Pixel 4, akan terdapat fungsi ‘auto-framing‘ yang memposisikan muka anda di bahagian tengah skrin, walaupun anda bergerak-gerak ketika menggunakan Google Duo Jika ada pengguna lain turut serta dalam panggilan, kamera akan automatik bergerak untuk memastikan kedua-dua orang berada dalam frame.

Peranti Pixel Lama Akan Dapat Fungsi Menarik Setiap Bulan Menerusi Kemaskini ‘Feature Drop’

Jika terdapat penyambungan yang tidak elok, pembelajaran mesin pada Pixel 4 akan meramal bunyi dan suara seterusnya. Dengan Smooth Display juga, video akan disegarkan sebanyak 90 kali per saat, memastikan panggilan video lancar.

Untuk Pixel 2, 3, dan juga Pixel 4, anda boleh menambah kesan potret bokeh untuk membuang latar belakang dan memastikan anda kekal fokus dilihat.

Peranti Pixel Lama Akan Dapat Fungsi Menarik Setiap Bulan Menerusi Kemaskini ‘Feature Drop’

Fungsi Pixel 4 untuk Pixel 2, Pixel 3, dan Pixel 3a

Google juga turut membawakan fungsi Pixel 4 khusus kepada peranti Pixel lama.

  • Aplikasi perakam
  • Live Caption untuk Pixel 3 dan Pixel 3a
  • Kemaskini untuk Digital Wellbeing. Mod fokus untuk meminimakan gangguan dan kekal produktif.
  • Flip to Shhh untuk ‘senyap’kan peranti buat Pixel 2.
  • Google Maps lebih pantas dan tepat dengan penambahbaikan komputasi peranti.
  • Penambaikan pengurusan memori. Pengguna boleh menggunakan aplikasi yang banyak pada satu masa dengan lebih efisien.

Dengan pembawaan kemaskini ‘feature drop‘ ini, peranti Pixel akan lebih seronok digunakan. Selain unik untuk peranti pesaing, pengguna Pixel lama juga tidak akan berasa ketinggalan untuk menikmati fungsi Pixel terbaharu yang kebanyakannya khusus untuk Pixel 4.

Feature drop ini adalah sebahagian dari kemaskini sekuriti bulanan. Ia sedang dilepaskan dan mungkin akan diterima pengguna Pixel untuk minggu-minggu yang akan datang.

Sumber: Google

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY