Khususnya peminat baby Yoda.
Jika anda adalah peminat tegar filem Star Wars anda secara automatik pastinya akan turut sama meminati siri tv terbaru terbitan Disney yang sedang menjadi bualan hangat para peminat Star Wars, The Mandalorian.
Menerusi laman rasmi Star Wars, mereka mengumumkan cenderamati dan aksesori rasmi siri tv itu yang sudah boleh dibeli menerusi atas talian dari 7 laman stor iaitu Amazon, Design By Humans, Hot Topic, shopDisney, Walmart, Zazzle dan 80’s Tees.
Cenderamata yang dihasilkan merangkumi beg tote, koleh, baju t, figura, lego dan lain-lain. Cenderamata-cenderamata itu memaparkan foto baby Yoda aka The Child, karektor utama The Mandalorian sendiri dan imej-imej lain sebagai tema utamanya.
Untuk info lanjut anda bolehlah melayari laman muka rasmi Star Wars, The Mandalorian di Amazon,com.
Sebanyak 3 daripada 8 episod The Mandalorian sudah pun ditayangkan di tv menerusi platfom penstriman Disney+.
Ia berkisarkan kisah seorang pemburu upahan yang dikenali sebagai Mandalorian di penghujung galaksi berlatarkan semesta Star Wars.
Kisah The Mandalorian ini berlaku 5 tahun selepas peristiwa di dalam filem Star Wars: Episode VI – Return Of The Jedi dan 25 tahun sebelum filem Star Wars: Episode VII - The Force Awakens.
Berkaitan
- Apple Watch Series 4 Dinobatkan Sebagai Peranti “Display Of The Year”
- YTL Menang Anugerah Kualiti Perkhidmatan Terbaik Dan 3 Lagi Di MCMC Star Rating Awards 2021
- LEGO Hadir Dengan Set Mainan Terbaru 'LEGO® Back to the Future'
- Microsoft Memaklumkan Isu "Startup" Windows Yang Perlahan
- Animasi Ejen Ali The Movie Sudah Memungut Sebanyak RM6.4 Juta
- 40 Satelit Starlink Terpaksa Dimusnahkan Akibat Terkesan Dengan Insiden Ribut Solar
- Digi Berjaya Merangkul 3 Anugerah Utama Di Majlis Star Rating Award 2018
- Facebook Menawarkan Tema Star Wars Untuk Aplikasi Messenger
- Starlink Tawar Servis Internet Baharu, Harga Bermula ~RM353 Ribu/bulan
- The Rock Pernah Pegang Rekod Dunia, Selfie Paling Banyak Dalam Tempoh 3 Minit