Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
star wars FB messenger theme

Facebook Menawarkan Tema Star Wars Untuk Aplikasi Messenger

Diterbitkan Disember 15, 2019 oleh ariff bukhari

Demam Star Wars bermula.

Facebook menghangatkan lagi ketibaan filem Star Wars: The Rise of Skywalker dengan menawarkan tema filem tersebut kepada pengguna aplikasi FB Messenger.

Pengguna aplikasi tersebut kini boleh menggunakan edisi istimewa tema Star Wars ini untuk ruang sembang, reaksi, pelekat dan kesan khas AR.

Facebook Menawarkan Tema Star Wars Untuk Aplikasi Messenger
Tema dan pelekat Star Wars di ruang sembang Messenger. Kredit: Facebook

Rekaan tema Star Wars ini dihasilkan dengan kerjasama dari pihak Disney. Pengguna boleh mencuba 3 kesan menarik tema ini iaitu Lightspeed Effect, Cockpit Effect dan Dark vs. Light Effect untuk Story, panggilan video dan mengambil gambar

Facebook Menawarkan Tema Star Wars Untuk Aplikasi Messenger
3 kesan menarik tema Star Wars iaitu Lightspeed Effect, Cockpit Effect dan Dark vs. Light Effect. Kredit: Facebook

The Rise of Skywalker merupakan filem kesembilan Star Wars yang menceritakan trilogy baru Skywalker. Ia juga merupakan filem epik terakhir penutup kepada saga Star Wars.

Filem ini akan mula ditayangkan serentak di pawagam seluruh dunia pada 20 Disember 2019.

“May The Force Be With You“.

Check out this clip from #StarWars: #TheRiseOfSkywalker. See it in theaters December 20. Get your tickets: https://t.co/EbJ0vDHKyt pic.twitter.com/ZAzp77ZLz0

— Star Wars (@starwars) November 25, 2019

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY