Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
40 Satelit Starlink Terpaksa Dimusnahkan Akibat Terkesan Dengan Insiden Ribut Solar

40 Satelit Starlink Terpaksa Dimusnahkan Akibat Terkesan Dengan Insiden Ribut Solar

Diterbitkan Februari 9, 2022 · Dikemas kini Februari 9, 2022 oleh ariff bukhari

SpaceX hari ini memaklumkan bahawa sebanyak 40 buah satelit Starlink mereka telah terkesan daripada ribut solar sehingga menyebabkan kerosakan pada satelit-satelit tersebut.

Pada Khamis minggu lalu, SpaceX telah pun menghantar sebanyak 49 satelit Starlink ke orbit yang merupakan rutin normal operasi syarikat milik Elon Musk.

Tetapi tidak lama selepas ia dilancarkan, satu insiden ribut geomagnetik telah berlaku menghentam atmosfera Bumi pada hari Jumaat.

Akibatnya, ribut solar itu meningkatkan suhu dan ketumpatan atmosfera Bumi sekaligus menggangu orbit satelit Starlink yang berada pada jarak 210 kilometer dari Bumi. Keadaan itu mengganggu sehingga 50% daya seretan satelit itu mengorbit Bumi berbanding sebelum ini.

Pihak SpaceX berkata pasukan mereka kini menetapkan satelit tersebut dalam mod safe-mode sebagai usaha untuk mengawal satelit mereka yang terkesan daripada ribut solar itu.

Mereka juga memaklumkan 40 buah satelit yang terjejas itu akan keluar dari kedudukan orbitnya dan akan dibawa memasuki semula ruang atmosfera Bumi dengan kawalan safe-mode.

SpaceX memaklumkan, proses mengeluarkan kesemua satelit itu dari orbit tidak akan berlanggar dengan satelit-satelit lain serta ia akan musnah ketika memasuki ruang atmosfera Bumi.

Bermakna tiada sebarang serpihan dari satelit itu akan jatuh ke Bumi.

Sehingga kini, sudah lebih daripada 2000 satelit Starlink telah pun di hantar ke orbit dalam usaha mereka untuk menawarkan perkhidmatan internet mereka ke seluruh dunia.

Sumber: CNET, SpaceX

Baca juga:

  • Starlink Akan Tawar Internet Satelit Di Malaysia
  • Individu Kecewa Pintu Kereta Tesla Tak Dapat Dibuka Akibat Beku Salji
  • Elon Musk Tawar RM20K Pada Remaja Untuk Henti ‘Stalk’ Beliau

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • UM, UiTM Dan UTHM Berkerjasama Kaji Penentuan Waktu Solat Lebih Tepat Di Selangor
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY