Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Series 4 Dinobatkan Sebagai Peranti “Display Of The Year”

Apple Watch Series 4 Dinobatkan Sebagai Peranti “Display Of The Year”

Diterbitkan Mei 11, 2019 · Dikemas kini Jun 11, 2019 oleh ariff bukhari

The Wall oleh Samsung dan teknologi sistem paparan LED Kristal yang dibangunkan Sony Corp. juga dinobatkan sebagai “Display of the Year”.

Persatuan bagi Paparan Maklumat (SID) telah mengumumkan pemenang paparan sempena Anugerah Tahunan Industri Paparan kali ke 25 pada tahun ini.

Produk yang telah dipilih untuk memenangi anugerah ini dilihat dari aspek kemajuan teknologi yang dibangunkan serta ciri-ciri cemerlang yang dimuatkan pada sesebuah produk itu.

Untuk tahun 2019 ini, SID telah menobatkan jam pintar Apple Watch Series 4 sebagai produk “Display Of The Year”.

SID menyimpulkan, paparan jam pintar Apple Watch generasi ke-4 dari Apple Inc. ini telah berjaya menggabungkan perkakasan dan perisian ke dalam satu bentuk tunggal.

Apple Watch Series 4 Dinobatkan Sebagai Peranti “Display Of The Year”
Kredit imej: Apple

Paparan menarik peranti tersebut yang kini saiznya 30% lebih besar daripada model sebelumnya telah disatukan ke dalam bentuk yang lebih nipis dan kecil.

Sekaligus memberi kelebihan terhadap antaramuka barunya yang mampu memaparkan lebih banyak maklumat dengan lebih terperinci kepada penggunanya.

Malah teknologi paparan yang dikenali sebagai Low Temperature Polycrystalline Oxid (LTPO) yang gunakan pada Apple Watch Series 4 ini  turut meningkatkan kecekapan urus tenaga pada peranti tersebut.

Selain daripada Apple Watch Series 4, produk paparan dari Samsung yang dipanggil sebagai The Wall juga turut dinobatkan sebagai “Display Of The Year”.

Samsung Memperlihatkan ” The Wall”, TV Berukuran 146 Inci
The Wall menggunakan teknologi paparan yang berasaskan LED mikro.

Juga sebuah lagi produk yang dinobatkan sebagai “Display Of The Year” adalah sistem paparan LED Kristal yang dibangunkan oleh Sony Corp.

Acara Anugerah Industri Paparan ini akan diadakan pada 15 Mei 2019 di San Jose Convention McEnery Center, California. Anugerah tersebut juga adalah sebahagian daripada acara bagi sepanjang minggu paparan yang akan berlangsung dari 12 hingga 17 Mei ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY