Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zeekr Power Charging Station

Pemilik Zeekr Kini Nikmati Kadar RM1.20/kWh Di Semua Pengecas DC Handal

Diterbitkan Ogos 17, 2026 oleh Amsyar Latif

Zeekr Malaysia mengumumkan kadar pengecasan DC khas RM1.20/kWh untuk pemilik kenderaannya kini diperluaskan ke semua stesen pengecasan DC Handal di seluruh negara.

Sebelum ini, kadar istimewa tersebut hanya ditawarkan di beberapa lokasi Zeekr Power x DC Handal terpilih. Peluasan terbaharu ini membolehkan lebih 5,000 pemilik Zeekr di Malaysia menikmati kadar sama apabila menggunakan rangkaian pengecas DC Handal.

Menurut Zeekr Malaysia, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada ekosistem Zeekr Power yang dibangunkan bagi memudahkan pengalaman pemilikan kenderaan elektrik, khususnya dari aspek akses kepada pengecasan pantas.

Zeekr Power Charging Station

Selain kerjasama dengan DC Handal, Zeekr Malaysia turut merancang untuk membangunkan 30 stesen Zeekr Power di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun akan datang. Syarikat itu juga merancang untuk meneruskan kerjasama dengan pengendali titik pengecasan (CPO) bagi meningkatkan akses kepada pengecasan ultra pantas.

Untuk menikmati kadar RM1.20/kWh tersebut, pemilik Zeekr perlu memuat turun aplikasi ChargEV dan mendaftarkan akaun terlebih dahulu.

Seterusnya, pengguna perlu melengkapkan borang pendaftaran khas yang disediakan dan memastikan alamat e-mel yang digunakan adalah sama dengan akaun ChargEV mereka.

Selepas proses tersebut selesai, pemilik Zeekr boleh menikmati kadar khas RM1.20 bagi setiap kWh apabila mengecas di mana-mana stesen DC Handal di Malaysia.

Berkaitan

  • Zeekr Perkukuh Kehadiran Di Malaysia Dengan Tiga Pengedar Baharu
  • Zeekr Malaysia Perkenal Waranti Lanjutan, Pengecasan RM1.20/kWh Sempena 5,000 Penghantaran EV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY