Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Company_2

‘Tarif Balas’ Trump Berpotensi Jejas Strategi Apple Pelbagaikan Rantaian Bekalan

Diterbitkan April 3, 2025 · Dikemas kini April 3, 2025 oleh Amalina Athman

Pengenalan tarif baharu oleh Pentadbiran Trump, yang menyasarkan pelbagai negara pembekal komponen Apple, termasuk Malaysia, berpotensi merencatkan strategi syarikat itu untuk mempelbagaikan rantaian bekalannya dan mengurangkan kebergantungan terhadap China.

Menerusi senarai tarif yang didedahkan oleh White House, terdapat tarif minimum sebanyak 10% untuk semua rakan dagangan Amerika Syarikat serta “tarif balas” yang dikenakan ke atas beberapa negara pembekal komponen Apple.

Seperti dinyatakan The New York Times, Apple telah pun berdepan dengan tarif sebanyak 20% di China. Dengan pengenalan tarif balas baharu, kadar keseluruhan tarif ke atas barangan dari China dijangka meningkat kepada 54%.

Selain China, tarif baharu ini turut merangkumi pusat pengeluaran Apple di negara-negara lain, termasuk Malaysia, India, Vietnam, dan Thailand, sekali gus menjejaskan usaha syarikat untuk mengurangkan kebergantungan terhadap negara tersebut.

  • Malaysia, semakin menjadi pusat pengeluaran Mac – 24%.
  • Taiwan, sumber utama cip Apple Silicon untuk semua peranti Apple – 32%
  • India, di mana Apple semakin giat menghasilkan iPhone dan AirPods – 26%
  • Vietnam, di mana Apple menghasilkan beberapa model AirPods, iPads, Apple Watches, dan Mac – 46%
  • Thailand, turut menjadi lokasi pengeluaran beberapa model Mac – 36%
  • Ireland, Apple menghasilkan sebahagian iMac – 20%
‘Tarif Balas’ Trump Berpotensi Jejas Strategi Apple Pelbagaikan Rantaian Bekalan
‘Tarif Balas’ Trump Berpotensi Jejas Strategi Apple Pelbagaikan Rantaian Bekalan

Saham Apple jatuh

Pengumuman ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan pelabur, yang bimbang sekiranya tarif tersebut akan memberi kesan negatif kepada keuntungan Apple.

Saham Apple turut mengalami penurunan sebanyak 7.5% dalam dagangan selepas waktu pejabat pada 2 April 2025, susulan pengumuman tarif baharu oleh pentadbiran Trump.

Sementara itu, White House menyatakan bahawa tarif asas 10% akan mula berkuatkuasa pada 5 April 2025, manakala tarif timbal balas negara tertentu akan bermula pada 9 April 2025.

Kaedah pengiraan tarif dipersoal

Menurut Presiden Trump, langkah ini diambil sebagai tindakan ‘timbal balas’.

Timbal balas. Itu bermaksud mereka kenakan kepada kita, dan kita kenakan kepada mereka. Sangat mudah. Tak boleh jadi lebih mudah daripada itu. Kita akan mengenakan tarif kira-kira separuh daripada apa yang mereka kenakan dan telah kenakan kepada kita… Jadi, tarif ini tidak sepenuhnya timbal balas.

Namun, timbul persoalan di media sosial mengenai ketepatan kaedah pengiraan tarif yang didakwa dikenakan oleh negara lain ke atas AS. Ada yang mempersoalkan sama ada ia benar-benar berdasarkan kadar tarif sebenar atau sekadar mengambil defisit dagangan AS dan membahagikannya dengan jumlah eksport negara berkenaan ke AS.

Just figured out where these fake tariff rates come from. They didn't actually calculate tariff rates + non-tariff barriers, as they say they did. Instead, for every country, they just took our trade deficit with that country and divided it by the country's exports to us.

So we… https://t.co/PBjF8xmcuv

— James Surowiecki (@JamesSurowiecki) April 2, 2025

Buat masa ini, kerajaan Malaysia belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tarif tersebut.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • EU Arah Apple Untuk Buka Ekosistem Peranti Kepada Pesaing
  • Apple Sahkan WWDC 2025 Akan Berlangsung 9 Hingga 13 Jun
  • Apple Aktifkan Ciri Notifikasi Apnea Tidur, Alat Bantu Dengar Untuk Pengguna Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY