Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pembekal Huawei Di China Bakal Hukum Pekerja Yang Membeli Peranti iPhone

Pembekal Huawei Di China Bakal Hukum Pekerja Yang Membeli Peranti iPhone

Diterbitkan Disember 11, 2018 oleh Haikel Areff

Perang perdagangan antara US-China nampaknya masih belum menampakkan sebarang tanda untuk reda. Terbaru, satu syarikat pembekal Huawei di China, Menpad akan mengenakan penalti kepada setiap pekerjanya yang membeli peranti iPhone.

Penalti yang dikenakan adalah pada nilai harga pasaran semasa peranti yang dibeli. Walaupun tidak dapat dipastikan bagaimana kaedah sebenar hukuman tersebut, berkemungkinan besar bayaran penalti akan ditolak terus dari gaji pekerja terlibat.

Tour Of The Foxconn Complex And Interview With CEO Terry Guo
Gambar hiasan (Getty Images)

Bukan itu sahaja, bagi menggalakkan pekerja untuk tidak membeli iPhone, Menpad turut menawarkan bayaran balik sebanyak 15% harga belian jika pekerja membeli peranti Huawei atau ZTE.

Malah, syarikat yang membekalkan panel LCD kepada Huawei ini turut akan menggandakan bayaran komisyen kepada pekerja bahagian jualannya yang berjaya menjual produk syarikat kepada syarikat dari Amerika Syarikat.

Langkah ini diambil bagi menunjukkan sokongan kepada pihak Huawei(dan ZTE) yang diberikan tekanan hebat daripada Amerika dan sekutunya ketika ini.

 

Sumber: SCMP 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY