Pembangunan OnePlus 9 Dilaporkan Telah Bermula, Dijangka Hadir April Tahun Hadapan

Baru sahaja melancarkan OnePlus 8T pada minggu lalu, OnePlus kini dilaporkan sudah pun memulakan pembangunan siri OnePlus akan datang. Perkara ini didedahkan oleh Max J, yang memuatnaik ciapan dengan nama kod "Lemonade".

https://twitter.com/MaxJmb/status/1318175193056030722

Selain bahagian sisi kiri dan kanan peranti, Max tidak berkongsikan maklumat lain pada ciapan tersebut. Namun, ia mengesahkan Lemonade adalah nama kod bagi siri OnePlus 9 pada bahagian ciapan balas.

https://twitter.com/MaxJmb/status/1318176086342160384

Berada dalam barisan peranti mercu, ia dijangka akan dimuatkan dengan cip Snapdragon 875, paparan AMOLED dengan kadar segar semula sekurang-kurangnya 120Hz dan sebagainya.

Seperti kebiasaan siri sebelum ini yang dilancarkan pada April, OnePlus 9 turut dijangka akan diperkenalkan sekitar April 2021.

Sumber: Twitter