Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
glow in the dark_JKR PT Kedah

Pemasangan Garisan Jalan ‘Glow In The Dark’ Mungkin Tidak Diteruskan – Ahmad Maslan

Diterbitkan November 22, 2024 · Dikemas kini November 22, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Kerja Raya (KKR) berkemungkinan tidak akan meneruskan pemasangan garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘glow in the dark‘ di kawasan jalan raya tanpa lampu.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata KKR melaksanakan percubaan menggunakan kaedah itu di beberapa kawasan sebelum ini, namun hasil percubaan tidak menepati kehendak pakar.

…jadi kita kemungkinan tidak meneruskan garisan glow in the dark selain kosnya mahal… kita akan teruskan penggunaan garisan putih bagi kawasan tiada lampu jalan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata keputusan mengenai penggunaan sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau multi lane fast flow (MLFF) dijangka dimuktamadkan pada 16 Disember ini.

Menurutnya, cadangan pelaksanaan MLFF itu kini masih dalam pertimbangan teliti KKR, selain perlu mendapatkan persetujuan syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.

Masalahnya sekarang ialah ‘konsesi atas konsesi’…kerana satu konsesi baharu nak buat MLFF ke atas 33 konsesi lama yang memiliki lebuh raya di 33 kawasan dengan separuh daripadanya antara 2,500 hingga 1,500 kilometer (lebuh raya) dimiliki PLUS.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa PLUS tidak bersetuju dengan ‘konsesi atas konsesi’ kerana mempunyai keupayaan sendiri untuk melaksanakan MLFF. Berikutan itu, pihaknya akan menyediakan Kertas Kabinet.

Berkaitan

  • Sistem Tol MLFF Dijangka Dapat Dilaksanakan Pada 2025 - KKR
  • Johor Akan Naik Taraf Jalan Guna Teknologi 'Glow In The Dark'
  • Giliran Melaka Pula Terima Jalan Dengan Teknologi 'Glow In The Dark'
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
©2026 WISER.MY