Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GLOW IN THE DARK JKF KEDAH_

Giliran Melaka Pula Terima Jalan Dengan Teknologi ‘Glow In The Dark’

Diterbitkan Disember 13, 2023 · Dikemas kini Disember 14, 2023 oleh Amalina Athman

Penggunaan garisan jalan bercahaya dalam gelap atau glow in the dark kini dilaksanakan di tiga jalan di Melaka, yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan akibat jalan gelap dan ancaman binatang liar.

Berkaitan

  • Johor Akan Naik Taraf Jalan Guna Teknologi 'Glow In The Dark'

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, tiga jalan berkenaan ialah Jalan Kemuning-Hutan Percha di daerah Alor Gajah serta Jalan Tehel-Bukit Katil dan jalan Bemban-Serkam di daerah Jasin.

glow in the dark JKR Melaka

Beliau berkata, tiga jalan berkenaan merupakan projek perintis, dengan tempoh enam bulan ditetapkan bagi melihat keberkesanan pelaksanaan, khususnya daripada kes kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan.

Tambahnya lagi, sekiranya projek perintis berkenaan berjaya membantu mengurangkan kemalangan jalan raya, penggunaan garisan jalan seperti itu akan diperluaskan ke jalan lain yang berisiko, di seluruh Melaka.

Ketika ini, teknologi yang sama turut diuji di Jalan Padang Sanai-Durian Burung di Padang Terang serta Jalan Simpang 3 Gulau-Kg Surau dan Jalan Nami-Kg Pinang di Sik, Kedah.

https://www.facebook.com/100069055095146/posts/659568163021681/?mibextid=PkCAf5

Terdahulu, Jalan Sungai Lalang di Selangor menjadi lokasi pemasangan jalan dengan teknologi glow in the dark pertama di Malaysia.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor sebelum ini mengatakan pihaknya akan menyenaraikan dan menilai jalan raya untuk dinaik taraf menggunakan teknologi itu sebelum hujung tahun 2023.

Sumber: AWANI

Gambar utama: JKR Kedah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY