[Huawei Mate 20 Pro Dinobatkan Sebagai Peranti Terbaik Di MWC 2019]
Oleh itu sebagai tanda penghargaan, Huawei Malaysia bermurah hati untuk memberi penawaran istimewa untuk anda yang sudah lama mengimpikan peranti flagship dari Huawei ini.
Bermula 1 Mac (hari ini) anda boleh memiliki Huawei Mate 20 Pro (6GB+128GB) pada hanya RM2,999. Potongan harga sehingga RM600. Peranti ini pada mulanya dipasarkan pada tanda harga RM 3599 dan ianya tidak termasuk pengecasan tanpa wayar.
Ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Emerald Green, Twilight dan juga Black.
Anda boleh membelinya melalui pautan ini ---> (Vmall Huawei)
[Ciri Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Huawei Mate 20 Pro]
Huawei Mate 20 Pro dimuatkan dengan cip pemprosesan Kirin 980 (7nm), antara cip flagship berkuasa ketika ini. Dilengkapi dengan tetapan tiga kamera utama dan menerima markah tertinggi dalam ujian DXO Mark dan juga perlindungan kalis air IP68.
Ia turut didatangkan bersama sokongan pengecasan pantas (Supercharge 2.0) 40W yang mempu mengecas sehingga 70% dalam masa 30 minit. Malah ia turut dibekalkan dengan pengecasan tanpa wayar dan panel belakangnya mampu mengecas peranti lain.
Versi Huawei Mate 20 sudah diturunkan harga jualannya pada Januari lepas dimana ia kini bernilai RM 2399.
Untuk menambah 'racun' supaya anda lebih yakin untuk membeli Huawei Mate 20 Pro ini, adalah lebih baik untuk kami sertakan perbandingan dengan peranti flagship lain di pasaran ketika ini.
Layari laman sesawang Huawei Vmall atau Facebook Huawei untuk maklumat lanjut.
Berkaitan
- Peranti OnePlus Berikutnya Mungkin Bukan OnePlus 7, Dijual Pada Harga Yang Lebih Tinggi
- "Sekat Kami Dan China Akan Menjadi Perintis Bagi Teknologi 5G" - Huawei
- (Promosi) Penghantaran Percuma foodpanda Sepanjang Bulan Kemerdekaan Ini
- YB Syed Saddiq Nyatakan Hasrat Penganjuran Liga Sukan Kebangsaan Tahun 2020
- Huawei Lancarkan Koleksi GIF Hannah Delisha Eksklusif Untuk Siri Nova 3
- Samsung Galaxy M20 Dilaporkan Akan Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar
- HiSilicon Kirin 980 Mungkin Bakal Diperkenalkan Pada IFA 2018
- Samsung DEX Mula Dijual Pada Harga RM 663
- RM 20 Juta Bagi Pembangunan Industri E-Sukan Malaysia 2019
- Unboxing Nokia 2720 Flip (2019)