Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-10-17 at 5.40.45 PM

Ketahui Ciri & Fungsi Istimewa Yang Ada Pada Huawei Mate 20 Pro

Diterbitkan Oktober 17, 2018 oleh Haikel Areff

Setiap kali peranti berkelas premium diperkenalkan, pastinya peminat dan pemerhati akan menfokuskan kepada pembaharuan dan perbezaan yang ada pada peranti itu dengan model-model yang lain. Huawei Mate 20 Pro yang baru dilancarkan semalam juga tidak terlepas daripada perkara ini.

Oleh itu, pada kiriman kali ini kami akan senaraikan beberapa ciri & fungsi istimewa yang ada pada model keluaran terbaru dari Huawei Mobile ini.

1. Penggunaan sistem cip pemprosesan HiSilicon Kirin 980

Screen Shot 2018-10-17 at 5.21.02 PM

Seperti yang kita ketahui, Kirin 980 telah diiktiraf sebagai cip pemprosesan terbaik yang ada pada hari ini. Ini sekaligus menjadikan siri Huawei Mate 20 ini sebagai penanda aras kemampuan sebenar cip pemprosesan ini.

Baca juga : Jom Lihat Apa Yang Menjadikan Kirin 980 Cip Paling Berkuasa Ketika Ini

2. Pengecasan terpantas SuperCharge 2.0(40W)

Screen Shot 2018-10-17 at 5.22.39 PM

Pengecasan pantas menjadi semakin penting hari ini. Atas sebab itu, Huawei telah mendatangkan fungsi pengecasan terpantas, SuperCharge 2.0(40W) kali ini. Melaluinya, Huawei mendakwa peranti boleh dicas sehingga 70% dalam masa cuma 30 minit.

3. Panel belakang yang berfungsi sebagai pot pengecasan tanpa wayar

Screen Shot 2018-10-17 at 5.29.27 PM

Masih bercakap mengenai pengecasan, namun kali ini untuk tanpa wayar pula. Selain mempunyai pengecasan tanpa wayar terpantas(15W), panel belakang peranti Mate 20 Pro ini sendiri boleh bertindak sebagai dok pengecasan.

Ia membolehkan peranti lain yang menyokong pengecasan tanpa wayar dicas melaluinya.

4. Emoji hidup melalui 3D Live EmojiScreen Shot 2018-10-17 at 5.33.26 PMEmoji sudah menjadi perkara biasa bagi peranti kelas premium. Namun, Huawei membawanya ke satu tahap yang baru, di mana emoji 3D pada Mate 20 Pro ini mampu “hidup” dan digerakkan. Pengguna juga boleh menangkap gambar dan video bersama emoji berkenaan.

5. Kira kadar kalori makanan menggunakan 3D Modelling Screen Shot 2018-10-17 at 5.36.35 PMAnda seorang yang menjaga diet pemakanan? Jika ya, Mate 20 Pro adalah peranti yang sesuai dengan anda. Melalui teknologi 3D Modelling, ia membolehkan anda mengetahui kadar kalori yang ada pada sesuatu makanan di depan mata anda dengan kadar segera.

Selain daripada lima fungsi atau ciri di atas, Mate 20 Pro juga dilengkapi dengan ciri dan fungsi menarik lain seperti menerima pensijilan kalis air IP68, panel belakang anti- cap jari serta bateri yang tahan lama.

Dipasarkan di Eropah pada harga permulaan €1,049(~RM 5,036), peranti ini mungkin akan tiba di negara ini tidak lama. Ia mengambil kira beberapa video acah yang telah dikeluarkan oleh Huawei Malaysia sebelum ini.

 

Sumber : Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY