Terbaru, dengan tema Leap to Next Gen, realme Malaysia sekali lagi bakal melancarkan produk AIoT yang terkini pada 3 Disember ini.
Melalui poster yang dimuatnaik, ia memperlihatkan produk yang bakal diperkenalkan pada minggu hadapan. Antara yang menarik adalah realme Smart TV.
Kemungkinan TV ini adalah model yang sama dilancarkan di India pada Mei lalu. Di India, TV ini hadir dengan dua varian iaitu 32 inci yang menawarkan resolusi HD. Sementara itu, model 43 inci pula hadir dengan resolusi Full HD.
Dalam pada itu, realme juga bakal melancarkan produk lain termasuk jam pintar, fon telinga, kamera keselamatan, fon telinga TWS, berus gigi elektrik dan sebagainya.
Acara pelancaran ini boleh ditonton melalui halaman Facebook realme Malaysia pada 3 Disember 2020, 12 tengah hari.
Berkaitan
- realme C21 Mula Dijual Di Malaysia, Berharga RM499
- Rekaan Dan Spesifikasi realme C51 Tertiris, Perlihat Mini Capsule Bertakuk
- Siri realme Narzo 20 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 November Ini
- realme UI 2.0 Diumumkan - Mod Gelap Yang Diperbaharui, Android 11, AOD, Dan Lain-Lain
- realme X50 Pro 5G Dengan Cip Snapdragon 865 Akan Dilancarkan 24 Februari Di MWC 2020
- Dengan Harga RM369, Anda Boleh Miliki Telefon Baharu realme
- Komputer Riba realme Dijangka Akan Dilancar Seawal Jun 2021
- realme C15 Akan Diperkenal Pada 28 Julai, Hadir Dengan Bateri 6,000mAh
- realme X50 Pro 5G Dilancar Pada Harga RM2,999
- Spesifikasi realme C17 Didedahkan- Paparan 90Hz, 13MP Kuad Kamera Dan Bateri 5,000mAh