Senarai Harga Dan Penawaran Produk realme AIoT

Dengan tema Time to be a Smarter, realme Malaysia kini rasmi mengumumkan barisan peranti AIoT untuk pasaran tempatan. Produk-produk yang ditawarkan terdiri daripada jam tangan pintar, fon telinga tanpa wayar, penjejak kecerdasan serta powerbank.
1. realme Watch

Merupakan jam tangan pintar pertama dari realme. I hadir dengan paparan sentuh berukuran 1.4 inci dengan bucu melengkung pada setiap sisi. Antara fungsi dalaman yang ditawarkan adalah waktu, tarikh, cuaca, jumlah langkah, kadar denyutan jantung serta kalori.

Terdapat juga ciri Sp02 yang bertugas mengesan tahap ketepuan oksigen dalam darah. Peranti ini menyediakan 14 mod sukan seperti berlari, berjalan dan lain-lain. Jam tangan pintar ini diiktiraf dengan pensijilan IP68.

Lain-lain ciri yang terdapat pada jam tangan pintar ini adalah butang untuk rakam foto dari telefon pintar serta kawalan pemain muzik. Sambungan kepada telefon pintar dibuat melalui aplikasi realme Link. Ia akan dijual bermula 12 Jun ini dan harga rasmi adalah RM299 dengan pilihan warna hitam sahaja.

realme watch
2. realme Band 

Penjejak kecerdasan, realme Band dilancarkan pertama kali di India pada awal Mac yang lalu. Menggunakan paparan dengan ukuran 0.96 inci, ia menyokong sehingga 65,000 warna.

Paparan utama juga boleh diubah mengikut tema latarbelakang yang disediakan pada aplikasi realme Link Smart App. Mempunyai ketahanan kalis air IP68, ia hadir dengan bateri 90mAh.

Menariknya tentang realme Band adalah ciri pengecasan dimana ia tersedia dengan USB-A pada yang tersembunyi disebalik tali jam. Ini memudahkan proses pengecasan dimana pengguna tidak memerlukan sebarang kabel.

Fungsi dalaman yang dilengkapkan adalah seperti pemantauan degup jantung, penjejakan kitaran tidur, kiraan langkah serta peringatan untuk minum air serta bergerak jika duduk terlalu lama.

Jualan pertama akan bermula pada 22 dan 23 Jun 2020. Harga rasmi realme Band adalah RM129. Terdapat tiga pilihan warna iaitu Hitam, Kuning serta Hijau.


3. realme Buds Air Neo

Produk ketiga merupakan fon telinga tanpa wayar dengan cip audio R1. Ia menyokong Bluetooth 5.0 dengan mod lantensi serendah 119.2ms. Akses kepada ciri kawalan sentuh boleh dibuat secara sentuhan. Contohnya seperti sentuh dua kali untuk main/henti audio, sentuh tiga kali untuk langkau judul muzik, atau tekan lama untuk aktifkan pembantu suara atau mematikan panggilan suara.

Bateri peranti dikatakan mampu bertahan sehingga 3 jam putaran muzik secara berterusan. Jualan pertama akan dimulakan pada 22 Jun 2020 dengan harga rasmi untuk pasaran adalah RM199. Tiga warna boleh dipilih iaitu Putih, Hijau dan Merah.



4. realme Buds Q

Fon telinga ini dikatakan istimewa kerana direka oleh pereka bentuk Perancis, José Lévy yang bekerjasama dengan Hermes. Ia dijanjikan dengan rekaan yang selesa dipakai disamping sambungan pantas melalui cip R1Q.

Menyokong Bluetooth 5.0 dan akses kawalan secara sentuhan. Jangka kuasa peranti dikatakan mampu bertahan sehingga 3 jam untuk satu pengecasan penuh. Dari segi ketahanan pula realme Bud Q dilengkapi dengan pensijilan IPX4.

Penawaran akan bermula pada Julai dengan harga rasmi RM129. Realme Buds Q ditawarkan dengan tiga warna iaitu Kuning, Putih serta Hitam.


5. Powerbank

Penawaran powerbank memperlihatkan dua jenis powerbank yang ditawarkan iaitu realme 10,000mAh Power Bank 2 dan realme 30W Dart Charge Powerbank 10,000mAh.

realme 10,000mAh Power Bank 2 - datang dengan pengecasan dua hala 18W disertakan bersama dua port USB serta USB-C.

realme 30W Dart Charge Powerbank 10,000mAh - Berbeza dengan model sebelumnya dari segi daya pengesan lebih pantas iaitu 30W. Selain itu ia dibina dengan 15 lapisan perlindungan litar dan dijual pada harga rasmi RM199. Kedua-duanya mempunyai pilihan warna antara Kuning dan Hitam.


Boleh jimat dengan potongan harga untuk jualan hari pertama di Shopee

Sekiranya anda berhajat untuk memiliki peranti-peranti diatas, ia boleh mula dibeli dengan harga promosi pada tarikh dan pautan seperti dibawah.

realme Watch 



realme Band dan realme Buds Air Neo



realme Buds Q dan realme 30W Dart Charge Power Bank 10,000mAh.



  • Kedua-dua peranti ini hanya akan ditawarkan bermula Julai hadapan.