Umum mengetahui, realme telah memperluaskan portfolio mereka sejak tahun lalu dengan menawarkan TV pintar, produk AIoT seperti kamera 360, berus gigi, penimbang, penjejak kecergasan dan sebagainya. Terkini, laporan menyatakan syarikat itu bakal memasuki pasaran komputer riba seawal pertengahan tahun ini.
Berdasarkan ciapan Mukul Sharma di Twitter, komputer riba realme dijangka akan dilancarkan pada Jun 2021. Bagaimanapun, belum diketahui jika komputer riba ini hanya akan dipasarkan untuk pasaran tertentu atau secara global.
https://twitter.com/stufflistings/status/1353705962968805376
Komputer riba ini dijangka akan dihasilkan oleh ODM memandangkan tiada syarikat induk realme yang menghasilkan komputer riba. Ia mungkin akan menjalankan Windows 10 dan dikuasakan pemproses AMD atau Intel.
Dengan realme memasuki pasaran komputer riba, tidak mustahil lebih banyak pengeluar seperti vivo, OPPO dan OnePlus juga akan melancarkan komputer riba pada masa akan datang.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- realme UI 2.0 Diumumkan - Mod Gelap Yang Diperbaharui, Android 11, AOD, Dan Lain-Lain
- 6000 Unit realme Buds Q Habis Terjual Dalam Tempoh 34 Minit
- realme C12 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Berharga RM529
- realme Umum Pengecasan 125W UltraDart, Pengisian 33% Bateri Dalam Tempoh 3 Minit
- realme C11 Dengan Varian 3GB/32GB Ditawarkan Pada Harga RM479
- realme Pintas Xiaomi Untuk Pasaran Asia Tenggara
- Siri realme X7 Bakal Diperkenal 1 September Ini, Hadir Dengan Paparan AMOLED 120Hz
- Tablet Dengan Sokongan 5G, realme Pad X Akan Dilancar Di Malaysia Pada 23 Ogos Nanti
- Pelbagai Produk AIoT realme Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember Ini
- realme C12 Bakal Diperkenal Untuk Pasaran Tempatan 25 Ogos Ini