realme X50 Pro 5G Dilancar Pada Harga RM2,999

realme kini secara rasmi telah memperkenalkan peranti flagship terbaru iaitu realme X50 Pro 5G dalam pasaran Malaysia.



Menyentuh spesifikasi, realme X50 Pro 5G hadir dengan paparan skrin 6.44 inci FHD+ Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Peranti ini dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 865 5G dengan gandingan RAM 12GB/256GB storan dalaman.

Kamera belakang dimuatkan dengan tetapan 4 lensa iaitu 64MP utama, 8MP sudut lebar dengan lensa makro, 12MP telefoto sehingga 20x zoom, serta lensa B&W.



Di bahagian hadapan pula hadir dengan tetapan dwi-kamera iaitu 32MP utama Sony IMX616 dan 8MP ultra lebar. Kamera swafoto peranti ini turut menyokong rakaman video dengan UIS Video Stabilization, rakaman slow-mo 120fps serta mod Portrait.

Panel peranti menyokong HDR10+, 100% DCI-P3 dan mempunyai maksimum 1000+ nits kecerahan. realme X50 Pro 5G turut dilengkapi kapasiti bateri 4,200mAh dengan pengecasan pantas 65W SuperDart serta sokongan Vapor Cooling System.



realme X50 Pro 5G menjalankan sistem operasi Android 10 dengan padanan antaramuka realme UI. Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Moss Green dan Rust Red.

harga realme X50 Pro 5g

realme X50 Pro 5G boleh didapati pada harga RM2,999 bermula 7 Julai melalui Lazada (https://invol.co/clq0ew). Jualan melalui pengedar sah akan bermula pada 11 Julai 2020.