realme UI 2.0 Diumumkan - Mod Gelap Yang Diperbaharui, Android 11, AOD, Dan Lain-Lain

Dalam acara yang berlangsung pada hari ini, realme telah memperkenalkan antaramuka realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11. Seperti dijangka, ia hadir dengan pelbagai ciri baharu yang hampir sama seperti ColorOS 11 yang diumumkan baru-baru ini.

Dalam erti kata lain, konsepnya adalah sama seperti Magic UI dan EMUI. Umum mengetahui, peranti realme menjalankan ColorOS sehingga hujung tahun lalu sebelum menggunakan realme UI 1.0.

Menyentuh mengenai ciri baharu yang dimuatkan pada realme UI 2.0, ianya termasuk mod gelap yang baharu, Always-On Diplay, Android 11, antaramuka yang boleh disesuaikan dan sebagainya.

Pilihan UI Personalization yang diperbaharui


Antaranya termasuk Theme, Wallpaper, dan Always-On Display (AOD). Ianya juga mempunyai pilihan penyesuaian baharu termasuk untuk gaya ikon, susun atur aplikasi, warna UI, jenis tulisan dan saiz tulisan.



AOD yang diperbaharui hadir dengan 5 tema baharu termasuk Digital Clock, Analog Clock, teks dan imej, teks sahaja, paten yang boleh disesuaikan.

Dark Mode


ciri baru realme UI 2.0

Kemaskini realme UI 2.0 turut menambahbaik Dark Mode dengan menawarkan 3 pilihan mod iaitu Enhanced, Medium, dan Gentle. Ia menyokong menyokong penyesuaian automatik, dimana ia secara automatik menyesuaikan kontras mengikut cahaya sekitar.

Nearby Share


ciri baru realme UI 2.0

Sebagai antaramuka yang berasaskan Android 11, realme UI 2.0 hadir dengan ciri realme Share yang membolehkan pengguna berkongsi gambar dan fail dengan lebih pantas. Pengguna turut mempunyai pilihan untuk berkongsi muzik dengan ciri Dual Mode Music Share.

Floating Window




Dengan ciri Floating Window, ia membolehkan pengguna untuk mengubah saiz aplikasi kepada tetingkap terapung Pengguna boleh menonton video sambil melakukan aktiviti lain secara serentak.

Prestasi yang dipertingkatkan


ciri baru realme UI 2.0

Sama seperti ColorOS 11, realme UI 2.0 telah menaiktaraf prestasi peranti yang termasuk 45% peningkatan dalam System Resources Utilisation Efficiency, kadar tindak balas sebanyak 32% dan Frame Rate Stability sebanyak 17%. Sementara kelajuan membuka aplikasi dipertingkatkan sehingga 23.63%.

Dalam pada itu, realme turut mempertingkatkan sistem kesihatan digital, keselamatan dan sebagainya.

Sumber: RPRNA