
Berdasarkan maklumat yang tertiris, realme C17 dilengkapi skrin paparan 6.5 inci LCD dengan resolusi HD+ serta kadar segar semula 90Hz. Panel ini memuatkan paparan berlubang dengan sensor kamera swafoto 8MP.

Di bahagian belakang pula didatangkan dengan sensor imbasan cap jari serta tetapan kuad kamera yang terdiri daripada 13MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP monokrom dan 2MP makro.
Antara spesifikasi lain yang didedahkan adalah 128GB storan dalaman, kapasiti bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W serta dua pilihan warna iaitu Navy Blue dan Lake Green. Peranti ini akan menjalankan realmeUI berasaskan Android 10.

Untuk pengesahan rasmi mengenai spesifikasi yang tertiris ini, nantikan pelancaran global realme C17 yang akan berlangsung pada 21 September 2020, 2.30 petang.
Sumber: Twitter Mukul Sharma
Berkaitan
- Gambar Penuh Fitness Tracker realme SayHat Muncul Di Weibo
- realme Sah Akan Perkenal Pengecasan Pantas 125W Pada 16 Julai
- realme 7i Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM999
- realme Bakal Melancarkan Peranti Baharu Dalam Siri-C Tidak Lama Lagi
- realme GT Dengan Janaan Cip Snapdragon 888 Akan Dilancarkan 4 Mac 2021
- realme C12 Pula Muncul Dengan Bateri 6000mAh, Mungkin Dilancar Dalam Masa Terdekat
- realme V15 5G Kini Dilancarkan - Dilengkapi Cip Dimensity 800U, Kamera 64MP, Skrin Super AMOLED
- realme X7 Pro 5G Kini Rasmi Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM1999
- realme Umum Barisan Produk Baharu Di IFA 2020
- realme X50 Pro 5G Dilancar Pada Harga RM2,999