Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelbagai Gelagat Pelik Dirakam Pengguna Bersama Apple Vision Pro

Pelbagai Gelagat Pelik Dirakam Pengguna Bersama Apple Vision Pro

Diterbitkan Februari 6, 2024 · Dikemas kini Februari 6, 2024 oleh ariff bukhari

Pengguna di AS sudah mula menerima produk Apple terbaru yang sangat ditunggu-tunggu, iaitu VR Vision Pro.

Tidak perlu menunggu lama, pelbagai gelagat dirakam pengguna di media sosial ketika mereka menggunakan Vision Pro.

Ada yang pelik dan ada juga yang mungkin membahayakan. Ada pengguna dilihat sedang menggunakan Vision Pro ketika sedang makan di restoran, sedang berjalan melintas jalan, sewaktu berada di dalam kereta api awam dan memandu trak Tesla sehingga ditahan oleh pihak berkuasa.

He’s wearing Apple Vision Pro headsets while driving his Tesla and finds out 🚨. Don’t try this at home… pic.twitter.com/zfc1YGW1oq

— TeslaPro (@TeslaPro_) February 3, 2024

[8] Engaged with the Vision Pro.pic.twitter.com/VZVbf21UxB

— Priyank Ahuja (@ahuja_priyank) February 5, 2024

Working in the NYC subway on the go with Apple Vision Pro?! 🤯🤯 pic.twitter.com/iVWiYlxjxP

— Alexxxx (@aeroalex98) February 3, 2024

Gelagat-gelagat ini menunjukkan keupayaan Apple Vision Pro untuk digunakan di mana sahaja anda berada dan dalam pelbagai situasi.

Tapi penting juga untuk diingatkan supaya ia tidak diguna dalam keadaan yang sehingga boleh membahayakan keselamatan.

Harga rasmi Apple Vision Pro adalah dari USD3,499 (~RM16,500).

Tapi, scalper menawarkan peranti itu di stor eBay antara harga dari RM21,000 hingga RM56,000.

Namun, adakah situasi sebegini akan jadi perkara biasa dalam beberapa tahun mendatang apabila jenama-jenama lain pun menawarkan set kepala VR/AR?

Berkaitan

  • 'Scalper' Ambil Kesempatan, Jual Apple Vision Pro Lebih RM50 Ribu
  • Apple Didapati Gunakan Sambungan 'Lightning' Yang Lebih Besar Untuk Vision Pro
  • Penggunaan iOS 17 Lebih Perlahan Berbanding iOS 16

Sumber: PCMag

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY