Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Walaupun Guna Mod Incognito, Aktiviti Anda Masih Direkod Android

Pelayar Chrome Untuk Android Akan Lebih Mudahkan Pertukaran Keluar Dan Masuk Mod Inkognito

Diterbitkan Ogos 13, 2024 · Dikemas kini Ogos 13, 2024 oleh ariff bukhari

Terdapat beberapa cara untuk bertukar antara dari mod biasa pelayar Chrome kepada mod Inkognito di peranti Android.

Kaedah sedia mungkin sudah memudahkan tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Jadi, Google kini sedang berusaha untuk menjadikan pertukaran bolak-balik lebih cekap antara 2 mod ini dalam aplikasi pelayar Chrome mudah alih mereka.

chrome incognito

Seperti yang dikongsikan oleh Leopeva64 di X, menerusi Chrome Canary untuk Android, Google kini sedang menambah cara untuk menukar dengan lebih cepat antara tab biasa dan Inkognito.

Pada pelayar Chrome versi Android yang baharu nanti, akan ditambah dengan pilihan “Tukar kepada Inkognito” baharu.

Sebaliknya, jika anda berada dalam mod Inkognito pula, pilihan ini akan bertukar kepada “Tukar keluar daripada Inkognito”.

Screen Shot 2024-08-13 at 11.13.25 AM
Screen Shot 2024-08-13 at 11.13.40 AM

Penambahan pilihan tersebut akan menjadikan proses penukaran antara kedua-dua mod itu lebih cekap daripada sebelumnya yang sedang diuji pada aplikasi Chrome versi Canary.

Apabila anda melayari internet dengan pelayar Chrome dalam mod Inkognito, anda tidak boleh membuat beberapa perkara seperti tangkapan skrin.

Data aktiviti anda ketika melayari internet dalam mod Inkognito juga tidak disimpan pada peranti.

Setiap kali anda menutup semua tetingkap Inkognito, Chrome membuang sebarang data tapak dan kuki yang dikaitkan dengan sesi ketika anda melayarinya dalam mod itu.

Walau bagaimanapun, suka diingatkan bahawa mod Inkognito di pelayar Chrome tidak menyekat laman sesawang daripada mengenali anda.

Bermakna, jika anda log masuk ke mana-mana laman sesawang dalam mod Inkognito, laman tersebut akan mengetahui bahawa anda yang melayarinya dan masih boleh menjejaki aktiviti anda mulai saat itu.

Ringkasnya, walaupun mod Inkognito menyediakan privasi pada peranti anda, ia tidak menjejaskan cara Google mengumpul data apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan lain.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Kontroversi Mod Incognito Pelayar Chrome, Google Setuju Bayar ~RM23 Bilion
  • Google Kemas Kini Notis Tentang Mod Incognito Di Chrome
  • Google Tiada Masalah Hapuskan Data Dikumpul Tanpa Kebenaran Dari 'Chrome Incognito'
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY