Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Logo

Kontroversi Mod Incognito Pelayar Chrome, Google Setuju Bayar ~RM23 Bilion

Diterbitkan Januari 2, 2024 ยท Dikemas kini Januari 2, 2024 oleh ariff bukhari

Google Alphabet telah bersetuju untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah yang mendakwa ia secara rahsia menjejaki berjuta-juta orang pengguna internet yang menyangkakan mereka melayari internet dalam mod privasi peribadi.

Ia selepas peguam Google dan peguam bagi pihak pengguna berkata mereka telah mencapai penyelesaian awal.

Tuntutan penyelesaian itu sekurang-kurangnya berjumlah $5 bilion (~RM23 bilion).

Walaupun terma penyelesaian tidak didedahkan, tetapi peguam kedua-dua pihak berkata mereka telah bersetuju dengan terma dan dijangka akan membentangkan penyelesaian rasmi untuk kelulusan mahkamah selewat-lewatnya pada 24 Februari 2024 nanti.

Pemfailan saman yang dibuat dalam tahun 2020 dahulu mendakwa analitis, kuki dan aplikasi Google membenarkan unit Alphabet menjejaki aktiviti pengguna walaupun mereka menetapkan pelayar Chrome Google kepada mod “Incognito” dan penyemak imbas lain kepada mod “peribadi”.

Google berkata bahawa apabila melayari dalam mod Incognito, ia menyatakan, “tapak web mungkin boleh mengumpul maklumat tentang aktiviti penyemakan imbas anda semasa sesi anda.”

Tujuan mod Incognito adalah supaya sejarah penyemakan imbas peribadi anda tidak akan disimpan pada peranti anda. Walaubagaimanapun plaintif mendakwa, Google kemudiannya diberi “maklumat yang tidak boleh dipertanggungjawabkan,” termasuk “perkara yang berpotensi memalukan,” yang boleh digunakan untuk menjual iklan.

Tuntutan mahkamah itu meliputi “berjuta-juta” pengguna Google sejak 1 Jun 2016 yang menuntut sekurang-kurangnya $5,000 (~RM22,995) sebagai ganti rugi bagi setiap pengguna kerana melanggar undang-undang penjejakan persekutuan dan privasi California.

Google telah gagal menolak saman itu pada Ogos 2023 lalu.

Berkaitan

  • Pembaharuan Lesen Memandu, Cukai Jalan Melalui Aplikasi MyJPJ Bermula Februari Ini
  • Sistem PADU Rasmi Dibuka Untuk Pendaftaran Dan Kemas Kini
  • Shopee Mula Kenakan 10% Cukai Barangan Import Bernilai Bawah RM500

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY