Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelanggan Astro, sooka Dan NJOI Boleh Tonton Semua 380 Perlawanan Liga Perdana Inggeris Musim 2024/2025 

Pelanggan Astro, sooka Dan NJOI Boleh Tonton Semua 380 Perlawanan Liga Perdana Inggeris Musim 2024/2025 

Diterbitkan Ogos 11, 2024 · Dikemas kini Ogos 12, 2024 oleh ariff bukhari

Astro mengumumkan kembalinya Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim 2024/2025 di mana peminat liga itu boleh menjangkakan pengalaman menonton yang tiada tandingan di Astro, sooka dan NJOI dengan barisan penambahbaikan yang menarik, termasuk ikon bola sepak legenda, Lee Sharpe menyertai pasukan Astro Sports sebagai pakar sepenuh masa.

Pelanggan Astro, sooka Dan NJOI Boleh Tonton Semua 380 Perlawanan Liga Perdana Inggeris Musim 2024/2025 

Semua pelanggan Sports Pack akan mendapat akses kepada semua perlawanan Liga Perdana secara LIVE di Astro SuperSport dengan perlawanan terpilih dalam 4K UHD melalui Ultra Box.

Pelanggan juga boleh mengaksesnya pada bila-bila masa di mana sahaja semasa dalam perjalanan dengan Astro GO. Pelanggan Pek Bukan Sukan boleh melanggan tambahan Sukan pada hanya RM42.99 sebulan.

Untuk pelanggan sooka pula, anda boleh strim semua perlawanan EPL secara LIVE  dengan rancangan Sukan & Hiburan dan seterusnya.

Untuk menonton di TV, pelanggan boleh mendaftar untuk Pelan Premium sooka dan menikmati tawaran istimewa di laman sesawang mereka bermula pada harga RM29.60.

Selain itu, pelanggan sooka dengan sooka TV Stick boleh menstrim perlawanan terpilih dalam 4K UHD.

Manakala pelanggan NJOI akan dapat menonton semua perlawanan EPL secara LIVE yang akan tersedia sebagai sebahagian daripada Pek Mega Sukan pada harga RM15/hari atau RM47/30 hari.

Pelanggan Astro, sooka dan NJOI akan mendapat akses kepada kesemua 380 perlawanan liga bola sepak paling popular di dunia itu di mana sahaja merentasi mana-mana peranti bermula 17 Ogos 2024 ini.

Astro turut mengumumkan, untuk meningkatkan lagi pengalaman peminat, Astro telah memperoleh perkongsian dengan jenama terkemuka Wonda Coffee, Zetrix dan rakan kongsi baharunya, YES 5G.

Sumber: Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Astro Tawar WiFi Kencang Serendah RM99.99/bulan Di Sabah
  • Semua Pelanggan Astro Dapat Akses Tanpa Caj Tambahan Tonton 219 Perlawanan Liga Malaysia Musim 2024/25 Dalam HD
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Astro Sediakan 18 Saluran Khas Untuk Tontonan Olimpik Paris 2024

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY