Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 12 global launch_

Pelancaran Global Siri OnePlus 12 Sah Berlangsung Januari Depan

Diterbitkan Disember 15, 2023 · Dikemas kini Disember 15, 2023 oleh Amalina Athman

OnePlus kini mengesahkan pelancaran global siri OnePlus 12 dijadualkan berlangsung pada 23 Januari 2024. Lebih menarik, OnePlus juga mengumumkan buat pertama kalinya siri OnePlus R akan dijual di luar pasaran China dan India. 

Berkaitan

  • OnePlus Perkenal Platform Cipta Muzik Guna AI
  • OnePlus 12 Dilancarkan - SD 8 Gen 3, 24GB RAM, Kecerahan 4,500 Nit

Setakat ini, OnePlus 12 versi global telah disahkan akan dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 3 serta kamera Hasselblad generasi ke-4 bersama 64MP lensa periskop dengan 3x zum.

Untuk lain-lain spesifikasi, belum diketahui jika OnePlus akan menawarkan varian yang sama seperti di China, atau sebaliknya terdapat beberapa perbezaan dari segi memori dan storan.

OnePlus 12 global launch

Seperti dinyatakan, OnePlus 12R akan menjadi yang pertama dalam siri OnePlus R untuk pelancaran luar pasaran China dan India. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kedua-dua model dalam siri OnePlus 12, nantikan pelancaran global pada jam 10.00 malam MYT, 23 Januari 2024.

Dalam perkembangan lain, OnePlus hari ini turut mengeluarkan video eksklusif bagi meraikan ulang tahun ke-10 syarikat itu. Melaluinya, syarikat itu mengatakan sehingga kini OnePlus telah menembusi lebih 50 pasaran di seluruh dunia, dengan pangkalan ahli komuniti berdaftar melebihi 50.2 juta pengguna.

  • Beli produk OnePlus di Shopee: https://invl.io/clkgc92
  • Beli produk OnePlus di Lazada: https://invol.co/clkgc8u

Sumber: Siaran Media OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY