Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yes 5G cloud gaming

Pelan Yes GeForce Now Berharga RM30 Sebulan, RM50 Bagi Bukan Pelanggan Yes

Diterbitkan April 16, 2023 ยท Dikemas kini April 16, 2023 oleh Amsyar Latif

Pada bulan yang lalu, syarikat telekomunikasi Yes mengumumkan percubaan beta bagi perkhidmatan permainan awan (cloud gaming) NVIDIA GeForce Now kepada pelanggannya.

Kini, melihat pada laman sesawang rasmi mereka, Yes dilihat telah menyenaraikan pelan bagi perkhidmatan tersebut. Untuk pelanggan sedia ada Yes, ia berharga RM30 sebulan sementara RM50 sebulan bagi bukan pelanggan Yes.

Tambahan lagi, Yes turut menawarkan pelan langganan tahunan yang mana RM300 setahun bagi pelanggan Yes dan RM500 setahun bagi bukan pelanggan Yes.

Yes Cloud gaming pelan
Yes cloud gaming feature

Dalam pelan Yes 5G gaming ini juga, ia tersedia dengan RTX, 6 jam main tanpa henti per sesi dan akses kepada permainan.

Kepada anda yang berminat, anda boleh pilih mana-mana pelan yang ditawarkan, kemudian, muat turut GeForce NOW. Seterusnya, pautkan GeForce Now dengan permainan digital di stor permainan.

Cloud gaming ini sesuai bagi anda yang tidak mahu berbelanja besar dalam memiliki set PC atau konsol tetapi mampu membayar pelan internet setiap bulan.

Sumber: Yes

Berkaitan

  • Selepas 5G, YES Kini Tawar Pelan Tanpa FUP Bermula RM58 Sebulan
  • Yes 5G Diiktiraf Ookla Sebagai Penyedia Rangkaian Mudah Alih Terpantas Di Malaysia
  • Pelanggan Yes 5G Dah Boleh Cuba 'Cloud Gaming' NVIDIA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY