Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yes 5G GeForce NOW

Pelanggan Yes 5G Dah Boleh Cuba ‘Cloud Gaming’ NVIDIA

Diterbitkan Mac 17, 2023 · Dikemas kini Mac 17, 2023 oleh Amsyar Latif

Sebelum menutup tirai tahun 2022, Yes bekerjasama dengan NVIDIA untuk membawa masuk perkhidmatan permainan awan GeForce NOW di Malaysia.

Mengorak langkah 2023, kesemua pelanggan YES 5G akhirnya boleh menikmati cloud gaming daripada NVIDIA tersebut.

Dengan ini, anda tidak perlu bersusah payah untuk membina PC atau membeli konsol yang berkuasa bagi memainkan permainan video berstatus AAA.

{suggest}

Sebaliknya, guna apa-apa sahaja peranti sedia ada dan pastikan mempunyai sambungan internet yang kuat untuk memainkan permainan video yang berkualiti dengan lancar serta responsif.

Yes GeForce Now

GeForce NOW di Malaysia dikuasai Yes 5G ini menghubungkan kebanyakan platform permainan tersohor seperti Steam, Epic Games dan Ubisoft.

Maknanya, anda boleh mengakses 1,500 permainan seperti Cyberpunk 2077, francais Assassin’s Creed, Destiny 2 dan lebih dari 100 permainan percuma termasuk Fortnite dan Genshin Impact.

Oleh itu, bagi mana-mana pelanggan Yes 5G sedia ada, bolehlah daftar untuk cuba eksklusif beta tersebut melalui pautan INI. Sekiranya pelanggan baru yang nak cuba, boleh melanggan pakej Yes di SINI untuk menikmati akses awal.

Sumber: Siaran Media Yes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY