Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pelan Prabayar Eastel Kini Tersedia Dalam TNG eWallet – Bermula RM25 Untuk 100GB Data

Posted on Mei 19, 2026Mei 19, 2026

TNG Digital mengumumkan kerjasama dengan Eastel yang membolehkan pengguna melanggan pelan mudah alih secara terus melalui TNG eWallet.

Sebagai rujukan, Eastel merupakan pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) di bawah Anchor Communications yang dikawal selia dan diperakui oleh MCMC. Ia menggunakan infrastruktur rangkaian U Mobile untuk menawarkan perkhidmatan kepada pengguna

Melalui integrasi ini, pengguna kini boleh mendaftar pelan prabayar Eastel Mobile, menukar nombor sedia ada ke rangkaian tersebut, mengurus pelan serta membuat tambah nilai di aplikasi TNG eWallet.

Bersempena pelancaran, TNG Digital dan Eastel turut memperkenalkan beberapa pelan prabayar eksklusif untuk pengguna TNG eWallet dengan harga bermula RM25 sebulan.

Pelan Cukup25 ditawarkan pada harga RM25 sebulan dengan 100GB data 4G/5G tanpa had kelajuan. Sementara itu, pelan Power35 berharga RM35 dan menawarkan 300GB data 4G/5G, manakala pelan Mantap48 pula berharga RM48 dengan 600GB data 4G/5G.

Ketiga-tiga pelan ini turut menawarkan sokongan hotspot penuh yang membolehkan keseluruhan kuota data dikongsi, selain panggilan tanpa had.

Selepas kuota utama habis digunakan, pengguna masih akan menerima 5GB internet asas bagi membolehkan akses berterusan kepada fungsi penting seperti pembayaran dan perkhidmatan kewangan dalam aplikasi.

Untuk tempoh terhad, pengguna yang mendaftar atau bertukar ke Pelan Cukup25, Power35 atau Mantap48 melalui Program Mini ‘Eastel’ di TNG eWallet layak menerima pulangan tunai sehingga RM10, tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi yang berminat, pengguna hanya perlu mencari “Eastel” melalui ruangan carian dalam aplikasi TNG eWallet.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress