Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pelan Prabayar CMLink Kini Tersedia Di Malaysia – RM35/Bulan Untuk 200GB Data

Posted on April 1, 2026April 1, 2026

Pada tahun lalu, China Mobile dan Maxis mengumumkan kerjasama untuk melancarkan CMLink, yang akan beroperasi sebagai pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) di Malaysia. Perkhidmatan ini akan menggunakan infrastruktur rangkaian Maxis untuk menawarkan sambungan suara serta data 4G dan 5G.

Terkini, CMLink dilihat sudah mula menawarkan pelan prabayar kepada pengguna di Malaysia.

Berdasarkan laman rasmi CMLink Malaysia, pengguna boleh memilih sama ada menggunakan SIM fizikal atau eSIM, selain turut menyokong pemindahan nombor sedia ada seperti kebanyakan telco lain.

CMLink menawarkan pelan bulanan bermula RM25 dengan 40GB data. Pelan lebih tinggi termasuk 200GB pada harga RM35 sebulan yang turut menyediakan 5GB data perayauan di China, serta 350GB pada RM50/bulan dengan 10GB data perayauan di China. Semua pelan ini membenarkan penggunaan hotspot daripada kuota yang sama.

Bagi pengguna yang mahukan data lebih besar, pelan “Unlimited” ditawarkan pada RM100 sebulan dengan 1TB data berkelajuan tinggi. Selepas had itu dicapai, kelajuan akan diperlahankan kepada 512kbps. Pelan ini turut menyertakan penggunaan hotspot dan 20GB data perayauan di China.

Pelan sama turut ditawarkan dalam bentuk bayaran tiga bulan sekali dengan harga lebih rendah secara keseluruhan serta kuota bulanan kekal seperti pelan biasa.

CMLink juga menyediakan pelan jangka pendek untuk kegunaan sementara atau pelancong, seperti 15GB data pada harga RM20/7 hari dan 40GB data untuk RM40/15 hari.

Selain itu, CMLink turut menawarkan ciri 1CMN (satu kad, pelbagai nombor) yang membolehkan pengguna menghubungkan nombor China Mobile sedia ada, sama ada dari tanah besar China atau Hong Kong, ke nombor CMLink Malaysia. Melalui ciri ini, panggilan suara dan SMS boleh diterima terus di Malaysia, dengan caj RM5 sebulan bagi setiap nombor.

Untuk pembayaran, CMLink menyokong kad kredit/debit VISA, Mastercard, Alipay, UnionPay, WeChat Pay, serta Apple Pay dan Google Pay. Maklumat lanjut mengenai pelan prabayar yang ditawarkan boleh dirujuk melalui laman rasmi CMLink Malaysia.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress