Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat China Dilapor ‘Intai’ Firma Malaysia Untuk Pemasangan Cip

Pekerja AI & Semikonduktor Di Taiwan Dijangka Nikmati Kenaikan Gaji Sehingga 30% Apabila Bertukar Kerja 

Diterbitkan Mei 29, 2026 · Dikemas kini Mei 29, 2026 oleh ariff bukhari

Pasaran tenaga kerja di Taiwan kini secara rasmi bertukar menjadi pasaran yang dipacu oleh calon pekerja.

Kemahiran kritikal mula menggantikan tempoh perkhidmatan dan jawatan sebagai kayu pengukur utama nilai seseorang bakat dengan generasi Z dijangka membentuk 30% hingga 33% daripada tenaga kerja di Taiwan menjelang tahun 2030.

Laporan Sambutan Ulang Tahun Ke-15 oleh Robert Walters mendedahkan bahawa adaptasi kecerdasan buatan (AI) dan penyusunan semula rantaian bekalan global telah mempercepatkan polarisasi (jurang) gaji di negara tersebut.

Profesional dalam industri semikonduktor dan teknologi tinggi kini menikmati kenaikan gaji sebanyak 15% hingga 20% apabila beralih pekerjaan. 

Lebih luar biasa, individu yang memiliki kepakaran dalam bidang AI, Pengkomputeran Berprestasi Tinggi (HPC), dan rantaian bekalan merentas sempadan mampu menuntut kenaikan gaji sehingga 30%.

Namun, wang bukan lagi satu-satunya faktor penarik.

Ia selepas laporan itu mendapati 54% profesional menyatakan bahawa peluang pembelajaran dan pembangunan menjadi faktor utama untuk mereka kekal bersama majikan sedia ada.

Situasi ini menjadikan faktor fleksibiliti, keseimbangan kerja-kehidupan, serta budaya tempat kerja yang telus sebagai elemen paling kritikal buat syarikat untuk menarik dan mengekalkan bakat terbaik mereka.

Laporan ulang tahun ke-15 ini menekankan lima strategi utama iaitu:

  • beralih daripada pengembangan tenaga kerja kepada perancangan keupayaan kritikal,
  • membina strategi pampasan berasaskan nilai kemahiran,
  • memperkukuh pembelajaran jangka panjang,
  • mereka bentuk semula tempat kerja berasaskan pengalaman pekerja, dan;
  • mengangkat strategi bakat sebagai keutamaan perniagaan.

Kesimpulannya, kemahiran kini menjadi mata wang baharu dalam pasaran bakat Taiwan, dengan majikan perlu menyesuaikan diri untuk kekal kompetitif dalam era AI dan semikonduktor.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Mogok Batal, Pekerja Samsung Setuju Bonus ~RM1.4 Juta Seorang
  • Pekerja Cip Asia Kini Tuntut Agihan Adil Hasil Keuntungan AI
  • IBM Sasar Komersialkan Pengkomputeran Kuantum Menjelang 2029

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
  • NVIDIA Dan Cisco Perkenal Format Sambungan Optik Baharu Berkelajuan Sehingga 12.8Tb/s
  • Presiden Microsoft Gesa Peraturan Global AI - Dakwa Mesin Basuh Tertakluk Kepada Lebih Banyak Peraturan Keselamatan
  • Aplikasi Pintar Dipacu AI Ini Mudahkan Petani Kenal Pasti Penyakit Tanaman, Serangan Perosak
  • Meta Perkenal Muse Wonder Dan Muse Wonder Full - Model AI Baharu Untuk Saingi Anthropic, OpenAI
  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
©2026 WISER.MY