Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PDRM Terima 3 Model Proton e.MAS Untuk Nilai Prestasi, Kesesuaian Dalam Operasi

PDRM Terima 3 Model Proton e.MAS Untuk Nilai Prestasi, Kesesuaian Dalam Operasi

Diterbitkan September 17, 2026 · Dikemas kini September 17, 2026 oleh ariff bukhari

PRO-NET, anak syarikat PROTON, telah menyerahkan sebanyak tiga model baharu Proton e.MAS kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi penilaian kebolehgunaan dan kesesuaian dalam operasi sebenar.

3 Model kenderaan tersebut tersebut terdiri daripada Proton e.MAS 5 Premium, Proton e.MAS 7 Premium dan Proton e.MAS 7 PHEV Premium Plus.

Majlis penyerahan yang berlangsung di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman itu telah diwakili oleh Dato’ Ir. Abdul Rashid bin Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, yang menyerahkan kenderaan tersebut kepada CP Datuk Redzuan bin Abd Hamid, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM.

eMAS-KLIMS-2026-R6-scaled (1)

Penilaian ini memberi peluang kepada PDRM untuk menilai prestasi, praktikaliti serta keperluan pengecasan kenderaan elektrik dalam pelbagai situasi operasi.

Gentari turut menyediakan kemudahan pengecasan sepanjang tempoh penilaian bagi memastikan kelancaran ujian.

Dato’ Ir. Abdul Rashid menegaskan bahawa kerjasama ini membuka ruang kepada PDRM untuk memahami potensi penggunaan EV dalam tugas harian, sekali gus menyokong usaha negara menuju masa depan mobiliti rendah karbon dan lestari.

 

“Dengan tiga model iaitu e.MAS 5, e.MAS 7 dan e.MAS 7 PHEV, PDRM dapat merasai perbezaan antara setiap pilihan sistem pacuan elektrik serta menilai prestasi dan kesesuaiannya mengikut keperluan operasi mereka.”  Dato’ Ir. Abdul Rashid bin Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON

Kerjasama antara PRO-NET dan PDRM ini bukan sahaja mengeratkan hubungan dua hala serta memberikan gambaran jelas mengenai keperluan kenderaan institusi berskala besar, malah berfungsi sebagai platform penting untuk meningkatkan kefahaman terhadap keupayaan teknologi EV dan PHEV dalam menyokong pelbagai bentuk penggunaan serta memacu pembangunan ekosistem mobiliti elektrik negara.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Volkswagen Perkenal EV Paling Cekap Tenaga Dengan Bumbung Solar, Sekali Cas Boleh Pergi Hingga 1,278 KM
  • Dron Buatan Malaysia Berjaya Hantar Darah Sejauh 20 KM Di Pahang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY