Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dron Buatan Malaysia Berjaya Hantar Darah Sejauh 20 KM Di Pahang

Dron Buatan Malaysia Berjaya Hantar Darah Sejauh 20 KM Di Pahang

Diterbitkan September 17, 2026 · Dikemas kini September 17, 2026 oleh ariff bukhari

Satu pencapaian bersejarah dalam logistik kesihatan Malaysia telah tercipta apabila dron buatan Malaysia, berjaya membawa sampel darah antara Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh dan Hospital Bera.

Penerbangan sulung itu dilancarkan menerusi Majlis Pencapaian Projek Penghantaran Dron Perubatan di Hospital Bera, Pahang pada Ogos 2026 lalu.

Dron buatan Alphaswift Industries dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berjaya didemonstrasikan sebagai projek Ujian Bukti Konsep (PoC) yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Dron Buatan Malaysia Berjaya Hantar Darah Sejauh 20 KM Di Pahang
Majlis tersebut disaksikan oleh YB Dato’ Ir. Razali bin Kassim yang mewakili Menteri Besar Pahang, bersama pelbagai rakan strategik industri termasuklah Leave a Nest Malaysia Sdn. Bhd., Focus Systems Corperation, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MRANTI, MTDC, SKMM, Seksyen Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia dan JKN Pahang.

Projek HosBera–HoSHAS ini membuktikan keupayaan teknologi dron (UAV) dalam mengatasi rintangan logistik, terutamanya apabila laluan darat terputus semasa.

Manfaat besar penggunaan dron ini bukan sahaja mempercepatkan tempoh penghantaran bekalan kritikal, malah mewujudkan sistem pengangkutan yang lebih fleksibel dan cekap. 

Inisiatif perintis ini merupakan titik permulaan baharu bagi sektor kesihatan negara.

Alphaswift Industries bersama KKM kini berhasrat untuk memperluaskan model logistik dron ini ke kawasan yang memerlukan di seluruh negara, termasuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Berkaitan

  • Dron Pertanian 50L Pertama Buatan Malaysia Dilancar
  • Aonic Raih Dana Hampir RM40 Juta, Dron Buatan Malaysia Kini Dijual Di 15 Buah Negara
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY