Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kamera badan_

Polis Dijangka Guna Kamera Badan Mulai Oktober Ini

Diterbitkan Januari 31, 2024 ยท Dikemas kini Januari 31, 2024 oleh Amalina Athman

Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka akan menggunakan kamera badan (BWC) mulai Oktober ini.

Berkaitan

  • KDN Cadang Perluas Penggunaan Kamera Badan Kepada Agensi Penguatkuasaan Lain

Memetik Sinar Harian, PDRM dijangka akan menerima 7,468 unit BWC secara berperingkat mulai September 2024 hingga Februari 2025.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata BWC itu akan ditempatkan di 157 ibu pejabat polis daerah (IPD) serta 640 balai polis di seluruh kontinjen dan penggunaannya adalah secara berperingkat mulai Oktober ini.

Difahamkan, kamera badan itu akan digunakan oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB). Seterusnya, ia akan turut diperluaskan untuk penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Ketika ini, BWC dijangka akan digunakan sepenuhnya oleh anggota MPV dan URB pada Mac 2025. Bagi memastikan anggota tersebut mahir dalam mengendalikan BWC, latihan penggunaan akan dilaksanakan mulai Mac 2025 hingga Disember 2025,

Kamera badan sebagai pemakaian wajib anggota

Dalam pada itu, Wan Hassan berkata BWC juga akan disenaraikan sebagai pemakaian wajib semasa penugasan – anggota akan dibekalkan ID khas.

Beliau menjelaskan BWC mempunyai keupayaan untuk merekodkan pergerakan di lapangan serta tidak mempunyai fungsi untuk menghapus segala rakaman. Sekali gus, ia membolehkan pihaknya mengesan anggota yang disyaki terlibat dengan salah laku dan masalah integriti.

Tambahnya lagi, penggunaan BWC bukan sahaja mampu menangani kes-kes salah laku dan integriti dalam kalangan petugas MPV dan URB tetapi juga mampu melindungi mereka daripada tohmahan terhadap sebarang tuduhan semasa melaksanakan penugasan.

Sumber: Sinar Harian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY