Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kamera badan_

KDN Cadang Perluas Penggunaan Kamera Badan Kepada Agensi Penguatkuasaan Lain

Diterbitkan Februari 21, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini bercadang untuk memperluas penggunaan kamera badan kepada agensi penguatkuasaan selain Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Berkaitan

  • Peruntukan RM30 Juta Diluluskan Untuk Kamera Badan PDRM
  • Awesome TV Akan Disiasat Di Bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 - MCMC

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata selain anggota polis, pihaknya juga berhasrat untuk meluaskan penggunaan kamera badan kepada agensi lain di bawah kementerian seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Jelasnya, PDRM dan KDN ketika ini telah menyiapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi penggunaan kamera badan kepada anggotanya dan akan mengadakan latihan penggunaan.

Penggunaan kamera badan ini dijangka akan melibatkan 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara dan sejumlah 7,648 anggota PDRM. Dengan penggunaannya kelak, ia dapat memelihara integriti anggota PDRM, memastikan ketelusan anggota ketika bertugas dan meningkatkan etika profesional.

Sumber: BERNAMA TV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY