Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PayNet, Alipay+, and Weixin Pay Join Forces to Boost Tourist Spending across Malaysia (A)

PayNet, Alipay+ Dan WeChat Pay Bekerjasama Mudahkan Pelancong Berbelanja Di Malaysia

Diterbitkan Jun 25, 2025 ยท Dikemas kini Jun 30, 2025 oleh ariff bukhari

Payments Network Malaysia (PayNet) hari ini mengumumkan kerjasama dengan Alipay+ dan Weixin Pay (WeChat Pay) untuk memudahkan perbelanjaan pelancong China dan Asia sempena musim cuti musim panas.

Melalui integrasi dengan DuitNow QR, pelancong boleh membuat bayaran hanya dengan mengimbas kod QR menggunakan e-dompet mereka tanpa memerlukan aplikasi tambahan di seluruh Malaysia.

Sempena dengan ini juga, PayNet, Alipay+ dan Weixin Pay akan melancarkan kempen khas yang memberi ganjaran perbelanjaan.

Alipay+

Dari 26 Jun hingga 14 Julai, pelancong dari China dan rantau Asia 1 yang berbelanja di peniaga DuitNow QR melalui AlipayCN dan aplikasi pembayaran rakan kongsi Alipay+ berpeluang memenangi percutian percuma ke Hong Kong untuk menyaksikan perlawanan Arsenal lwn Tottenham Hotspur menerusi Cabutan Bertuah.

Seterusnya, dari 15 Jun hingga 30 September, pengguna AlipayCN dan aplikasi pembayaran rakan kongsi Alipay+ boleh menikmati diskaun menarik semasa mereka meneroka pelbagai sajian makanan dan tarikan pelancongan di Malaysia.

Weixin Pay

Dari 15 Julai hingga 31 September, pengguna Weixin Pay boleh menikmati pengalaman interaktif yang menyeronokkan melalui kempen pengumpulan lencana.

Dengan setiap transaksi DuitNow QR, pengguna akan memperoleh lencana unik bertemakan budaya Malaysia yang boleh ditebus kepada kupon diskaun.

Weixin Pay Preferential FX Rates

Selain itu, pengguna Weixin Pay juga dapat menikmati kadar tukaran wang asing istimewa sepanjang tahun apabila membuat pembelian melalui DuitNow QR di Malaysia.

Kerjasama ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembayaran yang mudah kepada pelancong, tetapi juga menyokong perniagaan tempatan dan dijangka meningkatkan transaksi DuitNow QR melalui Alipay+ dan Weixin Pay sebanyak lebih 130% menjelang 2025.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Siri OPPO Reno14 Akan Dilancar 1 Julai - Prapesan Kini Dibuka
  • sooka Tawar Akses Percuma 10 Hari Untuk Pelan Sport & Entertainment

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY