Paten Apple Memperlihatkan Pencil Yang Boleh Digunakan Untuk Pelbagai Permukaan

Masih ingat anda peranti Apple yang diberi nama Apple Pencil yang boleh digunakan untuk peranti iPad Pro. Tidak banyak yang boleh diperkatakan untuk aksesori iPad tersebut kerana Pencil hanya boleh digunakan untuk peranti iPad Pro menurut laman sesawang rasmi Apple.

Tetapi semua mungkin akan berubah kalau menurut kata laman sesawang dari Belanda, TechTastic yang pertama yang mengenal pasti paten tersebut. Paten yang bertajuk "Content Creation Using Electronic Input Device on Non-electronic Surfaces", mungkin kedengaran agak bosan tetapi jika Apple yang membuatnya, pasti perhatian pengguna bertumpu kepada produk apa yang Apple cuba hasilkan seterusnya.

Pencil merupakan aksesori berbentuk stylus yang digunakan di atas permukaan iPad Pro. Paten terbaru ini membayangkan stylus yang boleh digunakan untuk pelbagai permukaan termasuk udara. Data tersebut kemudian akan dihantar ke peranti berdekatan.

Endgadget melaporkan paten tersebut telah difailkan permohonan pada Julai yang lepas dan diketahui umum pada bulan Januari lepas.

Paten menunjukkan yang 'pencil' akan berkomunikasi secara tanpa wayar dengan peranti yang bersambung dengannya menggunakan sensor luaran. 'Pencil' ini dikatakan akan dikesan pergerakannya tanpa permukaan elektronik/skrin peranti. Komunikasi antara 'pencil' dengan peranti lain adalah dalam bentuk isyarat radio atau akustik melalui sensor.

Kapsyen: Sumber: Organisasi Harta Intelek Dunia


Jika ini menjadi kenyataan, terdapat pelbagai kemungkinan boleh terjadi untuk kegunaan peranti 'pencil' ini. Penggunaan peranti ini menguatkan dakwaan Apple sedang cuba ber eksperimen di dalam aplikasi augmented reality ke dalam peranti mereka.

Ini mungkin aksesori tambahan yang mempunyai masa depan yang cerah jika ia boleh digunakan untuk pelbagai permukaan yang memudahkan pengguna sebagai contoh pelajar mengambil nota di dalam kelas sambil mendengar kuliah.

Diharap juga aksesori di dalam paten ini juga boleh digunakan untuk pelbagai peranti Apple yang lain dan bukannya untuk peranti iPad Pro sahaja.