Pelanggan yang memerlukan lebih banyak data untuk hotspot boleh membayar RM1 bagi tambahan data 1GB dengan tempoh sah untuk satu hari, atau RM3 untuk data tambahan 5GB dengan tempoh sah 3 hari.
Tidak seperti pas internet sedia ada, pas internet baru ini tidak ditawarkan bersama Unlimited Late Night Youtube dan akses IFLIX VIP. Selain itu, pelanggan juga tidak boleh membawa baki data ke hadapan dengan Data Rollover. Sekiranya kuota sedia ada sudah habis, anda masih boleh terus berhubung dengan kelajuan internet yang akan diperlahankan kepada 64kbps.
Jika anda berminat untuk melanggan pas ini, ia boleh dilakukan menerusi aplikasi Celcom Life atau dengan mendail *118#. Bagi pelanggan baru, anda boleh membeli pek prabayar Xpax berharga RM10 yang menawarkan Internet 10GB percuma bagi Facebook, Instagram dan Walla Games untuk permainan mudah alih, dengan tambahan internet asas 1GB/bulanan dan kredit prabayar RM6.
Kedua-dua pas internet baru ini tersedia kepada pelanggan baru dan juga pelanggan sedia ada untuk masa yang terhad sahaja.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=WQu6NSjOphA[/embed]
Sumber: Celcom
Berkaitan
- Akses Internet Isi Rumah Meningkat 96% - DOSM
- Bank Islam: Aplikasi GO Terima Jumlah Trafik Tinggi, Pengguna Disaran Guna Perbankan Internet
- Starlink Kini Boleh Tawarkan Perkhidmatan Internet Satelit Di Malaysia
- Teknologi Satelit VSAT Digunakan Untuk Sedia Internet Di Kawasan Pedalaman
- Pengguna LastPass Kini Perlu Tetapkan Kata Laluan Induk Minimum 12 Aksara
- Harga Internet Murah: MCMC Dalam Fasa Akhir Bincang Dengan Pembekal Perkhidmatan
- Bank Islam: Perkhidmatan Aplikasi GO Dan Perbankan Internet Akan Tergendala Pada Tarikh Ini
- unifi Tawar Pelan Internet Tanpa Had Untuk Golongan Pelajar Dengan Hanya RM59/Sebulan
- Kuota Internet Tambahan Percuma Untuk Pelan Prabayar Sempena Aidilfitri - Fahmi
- Pelanggan Celcom, Digi Perlu Tukar Pelan Baharu Untuk Akses 5G Percuma