Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dr Zaliha_November 2024

Papan Iklan LED DBKL Papar Status Cuaca Mulai Esok – Dr Zaliha

Diterbitkan November 21, 2024 · Dikemas kini November 21, 2024 oleh Amalina Athman

Semua khidmat Sistem Mesej Pelbagai (VMS) atau papan iklan LED di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memaparkan status semasa cuaca dan amaran kemungkinan banjir kilat, bermula esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata langkah proaktif amaran awal itu bagi memastikan rakyat, khususnya penduduk Kuala Lumpur dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.

Untuk usaha ini kita mendapat kerjasama daripada METMalaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) dan juga JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran). Langkah ini kita akan mulakan dengan papan iklan LED di Menara DBKL terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata DBKL turut menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Insiden Awam Kuala Lumpur bersama beberapa agensi lain. Ia bagi memastikan tindakan segera diambil dalam tempoh kurang dari 30 minit selepas amaran banjir diterima.

Agensi terlibat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur (JPSKL).

Berkaitan

  • Ikuti 12 Tips Keselamatan Elektrik Ini Ketika Berdepan Banjir
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • NADMA Wujudkan Sistem Hebahan Amaran Awal Banjir Melalui SMS
  • JPN Dalam Fasa Akhir Muktamad Perolehan Kad Pengenalan Generasi Baharu

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Facebook Dr Zaliha Mustafa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY