Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NADMA Wujudkan Sistem Hebahan Amaran Awal Banjir Melalui SMS

NADMA Wujudkan Sistem Hebahan Amaran Awal Banjir Melalui SMS

Diterbitkan November 18, 2024 · Dikemas kini November 18, 2024 oleh Amalina Athman

Sistem hebahan amaran awal banjir melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) diwujudkan bagi memberikan amaran awal kepada penduduk di kawasan yang diramal berisiko banjir, supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan sistem itu diwujudkan dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Syarikat telekomunikasi yang memberikan kerjasama adalah CelcomDigi, Maxis, UMobile, TM/Webe, YTL, Time, DNB, XOX (Rangkaian Celcom), Tune Talk, redONE Network, BeONE Network (Rangkaian Celcom) dan Valyou/HelloSim Network (Rangkaian Celcom).

Dari segi pelaksanaannya, pihak telco yang terlinat akan mendapat notis awal dari Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) NADMA, iaitu sebuah pusat pemantauan dan koordinasi pengurusan bencana yang beroperasi 24 jam sehari.

Sebaran SMS dan flash broadcast ini dilakukan secara bersasar kepada penduduk di kawasan yang berhadapan dengan risiko banjir setelah NDCC menerima amaran banjir daripada JPS.

Menurut NADMA, kesemua telco yang terlibat telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya kos hebahan SMS tersebut, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing.

Pada musim Monsun Timur Laut (MTL) kali ini, kesemua telco akan menambah baik info dalam SMS Amaran Banjir. NADMA berkata contoh SMS yang akan diterima oleh orang ramai adalah seperti berikut:

NADMA: Banjir dijangka di kampung-kampung di Daerah Sik mulai 6.00 petang sehingga 11.00 malam, 28/.10/2024. Layari portal bencana NADMA untuk info lanjut.

Sebagai tambahan, mulai tahun ini hebahan banjir akan diteruskan sepanjang tahun dan tidak terhad kepada musim MTL sahaja.

Berkaitan

  • Ikuti 12 Tips Keselamatan Elektrik Ini Ketika Berdepan Banjir
  • Air Laut Mungkin Naik Sehingga 2 Meter, Negara Kiribati Berisiko Banjir 100 Hari Setiap Tahun
  • Sistem Pintasan Kecemasan Menerusi Telefon Pintar Akan Diteliti - Fahmi
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!

Sumber: Agensi Pengurusan Bencana Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
©2026 WISER.MY