Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Panggilan Video WhatsApp Boleh Disertai Sehingga 8 Orang, Kemaskini Tidak Lama Lagi

Panggilan Video WhatsApp Boleh Disertai Sehingga 8 Orang, Kemaskini Tidak Lama Lagi

Diterbitkan April 25, 2020 oleh Helmi Samsuri

Seperti yang dilaporkan pada minggu lalu, WhatsApp dikatakan akan meningkatkan lagi jumlah pengguna untuk fungsi panggilan video  berkumpulan.

Perkara itu pada awalnya dikesan pada versi Beta dan sokongan tersebut nampaknya bakal ditawarkan kepada pengguna tidak lama lagi.

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh syarikat pemilik platform pemesejan tersebut, Facebook, panggilan video dan suara berkumpulan WhatsApp akan ditingkatkan kepada 8 orang pengguna.

Sebelum ini, panggilan berkumpulan untuk WhatsApp hanya terhad kepada 4 orang sahaja.

Facebook tidak mengumumkan secara terperinci bilakah kemaskini tersebut akan dibuat sebaliknya hanya menyatakan tidak lama lagi. Syarikat tersebut mengingatkan juga bahawa setiap panggilan adalah selamat dengan penyulitan hujung-ke-hujung, yang mana sesiapa termasuk WhatsApp sendiri tidak boleh melihat atau mendengar panggilan yang dibuat.

Sumber: Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY