Panggilan Video WhatsApp Boleh Disertai Lebih 4 Orang Pada Kemaskini Akan Datang

Sejak berlangsungnya PKP dan perintah berkurung di serata dunia akibat penularan Covid-19, aplikasi dan platform panggilan video dalam talian mula digunakan secara meluas.

Jika sebelum ini jarang digunakan, aplikasi-aplikasi seperti Google Duo dan Zoom sudah mula meniti dibibir pengguna.

Kini aplikasi pemesejan popular, WhatsApp dilapor bakal mengemaskini ciri panggilan video dan suara berkumpulan.

Ia sudahpun sedia diperkenalkan sejak beberapa tahun sudah, namun ketika ini hanya terhad kepada 4 orang pengguna dalam satu-satu masa.

Difahamkan ciri ini masih lagi berada dalam peringkat beta (2.20.128) dan masih belum diketahui bila WhatsApp akan melepaskan kemaskini tersebut.

Sumber: WABetaInfo