Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

U Mobile Tawar RM98 Untuk 1000GB, Tiada Lagi Giler Unlimited Dan Hero

Posted on Ogos 18, 2022Ogos 19, 2022

U Mobile sebentar tadi telah melancarkan sebuah pakej pascabayar atau postpaid dinamakan U Postpaid.

Di bawahnya, 3 pakej tersedia iaitu U Postpaid 38, U Postpaid 68 dan U Postpaid 98. Kesemuanya hadir tanpa kelajuan maksimum (speed cap).

Ia tersedia untuk pelanggan baru, yang bertukar daripada ‘telco’ lain (MNP), penukaran daripada prabayar ke pascabayar dan penukaran pelan pascabayar.

Dengan harga RM38 sebulan, U Postpaid 38 menyediakan:

  • Kuota 30GB
  • Kuota hotspot 5GB
  • Panggilan percuma tanpa had

Dengan harga RM68 sebulan, U Postpaid 68 menyediakan:

  • Kuota 100GB
  • Kuota hotspot 5GB
  • Panggilan percuma tanpa had
  • Rantauan antarabangsa 15GB (63 negara terpilih)

Dengan harga RM98 sebulan, U Postpaid 98 menyediakan:

  • Kuota 1000GB
  • Panggilan percuma tanpa had
  • Rantauan antarabangsa 15GB (63 negara terpilih)

Tetapi jika anda langgan U Postpaid 98 dengan U FamilyShare yang benarkan tambah 6 talian lain (menjumlahkan 7 ahli kesemuanya), ia hadir dengan harga individu lebih rendah iaitu RM38/bulan.

  • Kuota 1000GB (kongsi antara semua ahli)
  • Panggilan percuma tanpa had

Tawaran yang diberikan masih sama akan tetapi 1000GB ini akan dikongsi antara kesemua peserta dalam U FamilyShare.

{suggest}

Jika pengguna sudah mencapai kuota internet (1000GB) contohnya, maka kelajuan internet diperlahankan ke 64Kb.

Selain itu, anda boleh melanggan Data Booster 10GB untuk satu kitaran bil (sebulan) dengan harga RM10 manakala Hotspot Booster pula RM5 untuk 5GB.

Jika anda kini menggunakan pelan GX misalnya, anda akan masih kekal dalan pelan tersebut namun boleh berpindah ke pelan baharu ini.

Ya, semua pakej ini bersedia untuk rangkaian 5G apabila U Mobile melancarkannya. Ini bermakna anda tidak perlu mendapatkan kad SIM baharu mahupun melanggan pakej tambahan untuk nikmati 5G.

Sumber: U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress