Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile

Harga Sama Seperti Prabayar, U Mobile Perkenal Pascabayar Baharu Tanpa Had Laju

Diterbitkan Mac 22, 2022 · Dikemas kini Mac 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

U Mobile baru sahaja melancarkan pelan prabayar terbaru beberapa minggu lepas iaitu U25 dan U35 yang siap sedia dengan sokongan 5G.

Terkini, U Mobile perkenalkan pula pelan pascabayar baharu dinamakan Pascabayar 38 dengan harga RM38 sebulan dengan kesediaan menyokong 5G.

Untuk pelan ini, ia mudah tanpa sebarang FUP mahupun pecahan kuota kerana pelanggan diberikan 30GB sekaligus bersama panggilan domestik tanpa had. Untuk hotspot pula, seperti dikatakan, akan ditolak daripada 30GB tersebut.

u mobile pascabayar 38

Habis sahaja kuota 30GB, kelajuan akan diturunkan ke 64Kbps dan pelanggan boleh membeli kuota tambahan 5G untuk RM10 yang sah untuk 3 hari.

Dibandingkan dengan pelan U Mobile dengan harga lebih kurang sama, 30GB kali ini hadir tanpa had kelajuan, tidak seperti pelan prabayar GX30 dan GX38 yang dihad pada kelajuan 6Mbps.

Anda boleh ke laman web U Mobile untuk maklumat lanjut.

Untuk perbandingan pelan prabayar di Malaysia setakat Mac 2022, anda boleh baca di sini. Jika anda tertanya-tanya tentang penyedia internet fibre di Malaysia dengan pakej router Wi-Fi 6, anda boleh baca di sini.

Sumber: U Mobile

Baca juga:

  • Bawah RM60, Ini Pakej Internet Bulanan Prabayar Di Malaysia Setakat Mac 2022
  • Ini Adalah Perbandingan Harga Internet Fiber Di Malaysia
  • Bagaimana Kombinasi ‘Fiber’ Dan ‘Router’ Wi-Fi 6 Beri Pengalaman Internet Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY