Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g u mobile

Laman 5G ‘Kantoi’, U Mobile Dilihat Bersedia Tawar 5G Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan Mei 25, 2022 · Dikemas kini Mei 26, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Empat syarikat telekomunikasi besar Malaysia – Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile – meminta pegangan majoriti dalam DNB namun permintaan tersebut telah ditolak oleh Kementerian Kewangan.

Pun begitu, Soyacincau telah mendedahkan sebuah halaman khusus untuk 5G telah disediakan U Mobile dengan mengiklankan 5G daripada mereka boleh dinikmati di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Laman 5G ‘Kantoi’, U Mobile Dilihat Bersedia Tawar 5G Dalam Masa Terdekat

Seperti kita tahu, ini memang 3 lokasi terawal yang telah diaktifkan 5G oleh DNB.

Ini bermakna U Mobile mungkin akan menawarkannya dalam masa terdekat memandangkan mereka sudah pun menjual pek sim kad prabayar yang sedia untuk 5G.

Halaman berkenaan 5G ini bagaimanapun sudah ‘dimatikan’.

Namun, halaman semakan peta rangkaiannya juga sudah menunjukkan kategori 5G.

peta u mobile 5g

Setakat ini, hanya YES menyediakan 5G secara rasmi di Malaysia walaupun TM juga sudah menerima ekuiti dalam DNB.

Berita baik ini barangkali menandakan U Mobile akhirnya akan bersetuju mengambil pegangan ekuiti dalam DNB.

KEMASKINI: Soyacincau melaporkan U Mobile telah mengakui halaman tersebut memaparkan bahan visual lama dan tidak sepatutnya ditayang pada awam. Atas beberapa ralat teknikal, ia muncul di laman web U Mobile.

U Mobile juga telah mengesahkan pada kami bahawa mereka masih tidak menandatangani perjanjian dengan DNB bagi perkhidmatan 5G.

Baca juga:

  • 5G Belum Ada Tapi ‘Telco’ Malaysia Dah Rugi RM26 Bilion
  • Dijual Di Shopee Serendah RM1, Ini Kebenaran Tentang ‘Sticker Boleh Tarik Line’
  • U Mobile Hadir Dengan Pelan 5G Prabayar Baharu Serendah RM20 Sebulan
  • DNB: Muktamad Tiada ‘Kek’ Lebih Besar Untuk 4 ‘Telco’, Mungkin Jual Pada Syarikat Luar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY