Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
naza u mobile

Naza Dilapor Sedang Berunding Untuk Ambil Alih Aset U Mobile

Diterbitkan Jun 28, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Naza Communications Sdn Bhd, anak syarikat Naza Corp Holdings Sdn. Bhd. dilaporkan sedang berunding untuk membeli aset U Mobile Sdn. Bhd.

Pun begitu, kedua-dua syarikat tersebut enggan memberi ulasan lanjut apabila ditanya berkenaan ura-ura berkenaan.

Ada juga laporan mengatakan U Mobile telah meminta RFP (request for proposal) dan Naza antara yang ke hadapan berminat untuk mendapatkan aset-aset tersebut.

RFP merujuk pada dokumen perniagaan yang membolehkan sesebuah syarikat meneliti dan membandingkan kemahiran, harga dan tawaran vendor yang berminat.

Semakan CTOS oleh The Edge menunjukkan antara pemegang saham U Mobile sekarang ialah:

  • Straits Mobile Investments Pte Ltd (48.26%)
  • Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (22.31%)
  • Tan Sri Vincent Tan melalui U Telemedia, Singer dan Berjaya (18.54%)
  • Magnum Bhd (7.84%)
  • Tan Sri Paul Koon Poh Keong melalui Press Metal Aluminium (2.35%)
  • Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd (0.71%)

Selain U Mobile, Tan Sri Vincent Tan juga mempunyai sekitar 50% pegangan dalam REDtone Digital Bhd. Terdahulu, beliau pernah melabur dalam Digi pada 1990-an namun melepaskannya semasa krisis ekonomi Asia.

Tahun lalu, Naza berkata mereka bersedia untuk menjadi rakan kongsi strategik untuk menyokong pelancaran 5G di Malaysia di bawah inisiatif MyDigital.

Sumber: The Edge Markets

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY