Ekoran SpaceX telah menggesa Suruhanjaya Badan Komunikasi Amerika Syarikat (FCC) supaya meluluskan permohonan mereka melancarkan hampir 30,000 satelit bagi sistem generasi ke-2 nya, Amazon telah bertindak menulis surat kepada Suruhanjaya itu untuk menilai permohonan itu dengan sebaik-baiknya. Permintaan semakan oleh Amazon itu dibuat berikutan kebimbangan terdapat lebih daripada 4,800 satelit aktif sedang berada di orbit…
Myoshirt, ‘Vest’ Untuk Tingkat Daya Ketahanan Otot Pesakit Saraf Tunjang
Kumpulan penyelidik di ETH Zurich telah membangunkan teknologi exomuscle yang ringan dan boleh pakai untuk membantu meningkatkan daya ketahanan yang dinamakan Myoshirt. Dibina dengan menggunakan sensor yang tertanam dalam fabriknya, ia boleh mengesan niat pergerakan pengguna dan menambah daya tambahan seperti yang diperlukan. Ujian awal yang dijalankan telah terbukti menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ketahanan. Apabila exoskeleton…
Takut Dibawa Ke Mahkamah Oleh Qualcomm Lagi, Apple Buat Rayuan Tapi ‘Kalah’
Beberapa tahun dulu, Apple telah kalah dalam kes paten dan perlu membayar sejumlah $31 juta(~RM127 juta) kepada Qualcomm. Apple dan Qualcomm kemudian menandatangani perjanjian perlesenan 6 tahun yang melibatkan wang yang tamat pada 2025 kelak. Ia membolehkan kedua-duanya ‘berbaik’ dengan Apple boleh menggunakan ribuan paten Qualcomm. Terbaru, Mahkamah Agung AS menolak rayuan Apple untuk pendengaran semula dua…
Penemuan Tak Sengaja, Fosil Anak Gajah Paling Hampir Sempurna Di Dunia Berusia 30 Ribu Tahun Ditemui
Buat pertama kalinya, satu fosil lengkap seekor anak gajah purba (mammoth) telah berjaya ditemui di Yukon Klondike, Kanada. Fosil tersebut yang ditemui secara tidak sengaja itu ditemui oleh sekumpulan pelombong emas ketika mereka sedang melakukan kerja-kerja menggali emas di tapak lombong tersebut pada 21 Jun 2022 lalu. Pakar paleontologi bernama Grant Zazula telah menamakan fosil…
Google Hangouts Tutup Tirai, Semua Akan Beralih Ke Platform Baru
Google Hangouts akhirnya akan ditamatkan perkhidmatan sebagai platform sembang menjelang akhir tahun ini. Google mengumumkan akan mula memindahkan pengguna Hangouts ke “Chat” sebelum Hangouts tidak lagi tersedia selepas November 2022. Jika anda masih menggunakan Hangouts pada PC, anda akan melihat arahan untuk beralih ke Google Chat. Dalam arahan itu juga Google turut mengisytiharkan “Hangouts telah…
3 Syarikat Telekomunikasi Didapati Gagal Penuhi Piawaian Dan Tambah Baik Perkhidmatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan bahwa mereka telah mengeluarkan arahan terhadap 3 syarikat telekomunikasi iaitu Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) dan U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) selepas 3 syarikat itu didapati gagal memenuhi piawaian perkhidmatan jalur lebar dan menambah baik kualiti perkhidmatan di beberapa kawasan di Langkawi. Kegagalan itu…
