Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OPPO Enco Air2 Pro Turut Dilancar, Sokong OPPO Flash Charging

Posted on Julai 21, 2022Julai 21, 2022

OPPO Enco Air2 Pro dilancarkan di Malaysia untuk harga RM349.

Antara ciri-ciri menarik yang hadir padanya ialah dwimikrofon dengan pembatalan hingar AI. Pilihan Transparency Mode membenarkan pengguna mendengar bunyi sekeliling sambil memakainya.

Ia menggunakan teknologi Bluetooth 5.22. Untuk digunakan semasa bermain permainan, modĀ gaming boleh merendahkanĀ latency sehingga 94ms.

Peranti audio iniersedia dalam dua iaitu warna putih dan kelabu. Pemacu padanya bersaiz 12.4mm bersalut titanium.

Enco Air2 Pro ini juga mempunyai perlindungan IP54 tahan air dan debu.

Beli OPPO Enco Air2 Pro:

Lazada – https://invol.co/clcfqj8
Shopee – https://invle.co/clcfq9r

Selain itu, beralih pada peranti terhubung juga mudah. Pengguna hanya perlu menekan TWS beberapa saat untuk menggunakannya antara 2 peranti lain yang telah disambung.

TWS ini boleh bertahan sehingga 7 jam tanpa bekasnya dan 28 jika dicaj dari bekas. Dengan teknologi khas OPPO Flash Charging, pengecasan 10 minit mampu menyediakan penggunaan selama 2 jam.

Ia boleh mula dipratempah sekarang dan akan dijual pada 30 Julai ini.

Maklumat jualan dan spesifikasi terperinci boleh didapati di laman web OPPO.

Sumber: OPPO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress