Gelombang haba dilaporkan telah menjadi punca kepada berlakunya insiden keretapi terkeluar dari landasan baru-baru ini. Insiden yang dilaporkan berlaku di San Francisco Selasa lalu itu melibatkan perkhidmatan keretapi Bay Area Rapid Transit (BART). Ketika insiden itu berlaku terdapat seramai 50 penumpang di dalam tren keretapi tersebut tetapi tidak berlaku sebarang kecederaan yang serius. Pihak BART…
Menteri Bakal Umum Inisiatif Baharu Perkhidmatan Jalur Lebar
Dalam lawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia ke pejabat Digital Nasional Berhad (DNB), Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa beliau akan mengumumkan beberapa inisiatif-inisiatif baharu bagi menambah baik perkhidmatan jalur lebar negara. Pengumuman berkaitan perkara itu katanya akan diumumkan dalam tempoh masa terdekat ini juga. Berkongsikan tentang lawatan beliau ke DNB, beliau menyatakan bagi lawatan tersebut…
Kad NFC Sukar Dimiliki, Tapi TNG Buat ‘Play & Win’ 10 Sen Untuk Dapatkannya
Selepas kemunculan kad berdaya NFC daripada Touch ‘n Go, ramai pengguna mula memburunya sehingga habis dijual dalam beberapa jam pertama dirasmikan. Kelebihan kad baharu ini ialah mampu disemak dan ditambah nilai secara fizikal terus daripada telefon (yang mempunyai fungsi NFC) melalui TNG eWallet. Jadi, pengguna tidak perlu ke kiosk atau kedai. Jika anda masih runsing…
Selepas Jadi ‘Game’ Percuma, Fall Guys Catat 20 Juta Pemain Aktif
Permainan Fall Guys yang baharu bertukar kepada model percuma telah mencatatkan satu pencapaian baharu untuk Epic Games Store dengan pendaftaran 20 juta pemain dalam masa 48 jam sahaja. A huge week for @FallGuysGame with more than 2x their previous PC CCU record, contributing to a record number of active players for the store last Tuesday…
MCMC Tidak Membantah, Penggabungan Celcom Dan Digi Diluluskan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memaklumkan bahawa pihak mereka tidak membantah cadangan penggabungan antara Digi.Com Bhd. dan Celcom Axiata Bhd. (Celcom) yang melibatkan perniagaan Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi) dan Celcom (secara kolektif dikenali sebagai “Pemohon”). Sehubungan itu MCMC telah mengeluarkan notis tiada bantahan kepada cadangan tersebut. Penggabungan tersebut sekaligus akan menjadikan…
Ransomware ‘Black Basta’ Makin Mengganas, Hampir Semua Industri Menjadi Sasaran
Satu perisian hasad baharu ransomware yang dikenali sebagai Black Basta kini dikesan semakin mengganas selepas pertama kali ditemui dalam bulan April 2022 lalu. Tetapi kehadiran ransomware ini terlebih dulu dikesan lebih awal iaitu dalam bulan Februari 2022 tetapi tiada nama baginya atau secara tepatnya “no_name_software“. Penyelidik berpendapat pada ketika itu, ransonware ini masih dalam peringkat pembangunannya….
