OPPO A96 Turun Harga, Kini Bernilai RM1199

OPPO siri A merupakan salah satu siri bajet yang agak popular dalam kalangan peminat OPPO. Beberapa bulan lalu, mereka telah pun memperkenalkan A96.

Dilengkapi cip Snapdragon 680, skrin IPS LCD 90Hz, bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W, padanan kamera utama 50Mp serta kedalaman 2MP, memori 8GB dan taruhan storan sebesar 256GB pada tanda harga RM1299.

Kini, bagi memberi persaingan dengan peranti lain, OPPO menurunkan harga telefon tersebut serta-merta di mana ia sekarang bernilai RM1199.



Dua pilihan warna ditawarkan - Starry Pink dan Starry Black, anda boleh dapatkannya di kedai rasmi serta pengedar yang sah bermula hari ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan peranti tersebut, anda boleh rujuk ulasan kami di SINI.

Beli OPPO A96 RM1199 di:

Shopee - https://invle.co/clcgse4

Lazada - https://invol.co/clcgseu